loading...
Doktor lelaki bukan gatal. Jangan sesekali fikir mereka sebegitu.Mereka tak pilih pun untuk berada di situ , dengan masa kerja para doktor yang tidak masuk akal, kami berani bertaruh yang mereka akan memecut sepantas kilat ke rumah masing-masing jika diizinkan sedemikian. Doktor perempuan masih belum cukup ,susah hendak cukup lagi dalam masa terdekat memandang kadar Doktor pelatih yang berhenti kerja sebelum tamat tempoh latihan amat tinggi. Satu dari lima orang doktor pelatih di Malaysia berhenti kerja setiap tahun. Salah siapa? Salah sistem. Sistem siapa yang reka? Bukan kera , tapi KERAjaan.
Maka atas dasar ingin memelihara aurat dan wanita muslim, Mamapride hasilkan satu
alternatif yang bertujuan melindungi bahagian-bahagian badan wanita yang tidak perlu didedahkan semasa proses bersalin. Produk ini dikenali sebagai Mamapride. Seluar yang dipakai semasa proses melahirkan anak. Seluar yang mesra aurat dan patuh syariah.
Inovasi ini mengambilkira maklumbalas dari ibu-ibu mengandung dan juga hasil dari pemerhatian kita sendiri selaku doktor di bilik bersalin, mengenai perlunya aurat itu dijaga meskipun dalam situasi darurat. Ini selari dengan tuntutan syariah iaitu “ad-dharurat biqadariha” (darurat itu adalah sekadar yang diperlukan).
Seluar yang pada harga RM119 dan mendapat pelbagai respon positif daripada pengguna yang rata-rata bertanya tentang harga dan kepastian sama ada dibenar digunakan di hospital.
Seluar yang telah berada di pasaran, dijual dalam tiga saiz iaitu L, XL dan XXL.
Juga terdapat satu ruangan untuk suntikan Syntometrine. Ruang ini akan memudahkan jururawat untuk melakukan suntikan tanpa perlu mendedahkan peha wanita.
Ianya boleh juga digunakan untuk prosedur di bawah
1. Bersalin
2. Pap Smear
3. Prosedur gynaecology (sakit puan)
4. Dipakai semasa berpantang
5. Prosedur urology (merawat masalah kencing)
6. Prosedur di bahagian ano-rektal (masalah buang air besar)
Kena beli ke seluar ini?
Ya, kalau tengok di page- page Mama Pride di fb, mereka menjualnya dengan harga Rm90 ke atas setiap satu. Mereka tak tamak untung. Harga kos pengeluaran pun sudah mencapai RM80 setiap satu.
Berita baik untuk anda, Dr Wan Yusof Wan Jeffery , SEORANG DOKTOR LELAKI , antara pengasas seluar ini berkata, " Kami sekarang sedang mengusahakan untuk membuat seluar versi pakai buang yang boleh mengurangkan kos hingga ke rm 20 setiap satu.
Mereka juga berusaha mencari tajaan untuk menjadikan seluar ini percuma untuk diedarkan kepada semua wanita mengandung di Malaysia. Semoga Allah balas jasa-jasa kamu dengan sebaik-baik pembalasan.
Aminkan doa kami di atas itu dalam hati ya.
Loading...
loading...
0 Response to "Selepas Penciptaan Seluar Tutup Aurat Ketika Bersalin Ini ,Maruah Ibu Mengandung Akan Lebih Terjaga"
Post a Comment