Siapa Kami


Suatu masa dahulu , goreng pisang yang dijual di tepi jalan , hampir hilang serinya dicabar oleh aiskrim pasu. Kentang Putar di KFC pula , kalah teruk oleh Mc Flurry Mc Donalds. Jangan cakap pasal murtabak pada bulan Ramadhan, yang nyawa- nyawa ikan dipinggirkan masyarakat kerana hadirnya Roti John. Imbangan alam terganggu. Suasana kacau bilau.



Semuanya berubah apabila "Cheese" di tambah pada ketiga- tiga juadah tadi. Pisang goreng, nampak baru apabila jadi Pisang Goreng Cheese. Kentang Putar , berubah fizikal dan rohani menjadi Cheesy , Wedges. Dan semestinya, murtabak cheese kembali mengungguli pasaran Bazar Ramadhan selepas dikejukan.



Cheese buat semua orang nampak baru. Apa pun akan trendy bila tambah "cheese".

*********************
Rakyat Malaysia malas membaca. Itu fakta.Dalam  dunia  moden ini, 90% bahan bacaan dan ilmu rakyat Malaysia diambil dari blog-blog yang terkeluar di news feed Facebook mereka. Yang menyedihkan kami, hampir 80%  dari post-post blog itu dikisahkan tentang gosip bogel Tasha Shila ,  senyuman manis anak  Che' Ta dan sebagainya. Picisan.

Menyedari hakikat itu, kami bangun dari kosong, untuk menyediakan bahan bacaan yang baik, berguna dan menambah ilmu untuk pembaca,untuk menggantikan segala musibat di atas.
  • Konten kami original , sehingga diberitahu sebaliknya.
  • Konten kami di"curate" dari web- web ternama dunia tanpa gagal menyesuaikannya dengan selera orang Malaysia.
  • Tiada berita palsu , tabloid, atau menaikkan nafsu di sini.



Jangan pandang kami seperti ini. Kami tidak sebosan itu.

Kami akan TAMBAH CHEESE pada ilmu untuk bagi ia nampak menarik seperti ini,


atau ini


atau mungkin yang ini ...


Kami janji akan buat anda tergamam, pada ilmu yang sepatutnya bosan.
Faham konsep kami?

Kenalkan maskot kami di atas , Cheese Bot yang akan menemani anda membaca di setiap pixel-pixel hitam yang terakhir!

Selamat membaca!



4 Responses to "Siapa Kami"

  1. pergh terbaik lah admin .. cantik maskot koraang tu .. kipidap :-)

    ReplyDelete
  2. Fav blog dr lahir lg !!!!

    ReplyDelete
  3. Hihi...siyes..mmg tambah cheese tui...cheese bot pn kiut je

    ReplyDelete

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close