SPM Anda Mungkin 11A Tapi Lelaki Buta Huruf Ini 500 Kali Lebih Kaya Dari Anda

loading...
Menakjubkan, kisah seorang billionaire yang buta huruf !

Ramai dari kita yang menganggap untuk menjadi kaya-raya maka perlukan ilmu pengetahuan yang tinggi, sijil berkepuk-kepuk dan perlu sentiasa mendapat tempat pertama di dalam kelas.

Namun, hakikatnya ramai jutawan-jutawan di seluruh dunia yang buta huruf dan tidak berpendidikan tinggi.

Antara mereka adalah seorang hartawan Britain, Andres Panayitou.

1. Mempunyai beberapa jet peribadi.

Andres Panayitou

Andres Panayitou merupakan seorang anak immigrant Greek yang berpindah ke Britain. Pada zaman sekolah, beliau merupakan seorang pelajar tercicir dan menghadapi kesukaran untuk membaca dan menulis.

Namun, itu semua sudah berlalu.

Kini, kekayaan beliau dianggarkan bernilai kira-kira $650 juta USD (lebih kurang RM 1.5 billion). Beliau sekarang tinggal di rumah berkeluasan 20-ekar dan mempunyai beberapa jet peribadi untuk kegunaan harian.

2. Bermula dari pelaburan hartanah

Beliau bermula mengumpul kekayaan dengan membeli beberapa hartanah yang berpotensi di sekitar London. Pada mulanya, beliau hanya mampu membeli apartmen murahan tetapi sedikit demi sedikit, beliau berusaha hingga mampu membeli hartanah yang bernilai berpuluh juta pound di sekitar London.

Rumah milik Andres Panayitou

Ruangan dalaman yang super mewah

3. Usaha menghadapi rintangan

Pasti ramai yang merasa aneh bukan? Bagaimana jutawan hebat mampu menjadi kaya jika beliau tidak tahu membaca?

Beliau tidak tahu membaca suratkhabar 

Andres Panayitou menjawab persoalan ini dengan berkata, beliau mengingati bentuk setiap huruf dan perkataan sebaik sahaja beliau melihatnya. Beliau tidak mahu menyalahkan masalah Dyslexia yang dihadapinya sebagai satu halangan.

Malah, dengan usaha gigihnya, beliau mampu untuk memahami apa yang hendak disampaikan.

Hebat bukan? Jangan kita menganggap rezeki itu hanya pada golongan tertentu sahaja. Ini kerana, rezeki itu luas, dan sesiapa yang berusaha, maka dialah yang berhak mendapatkannya.
Loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "SPM Anda Mungkin 11A Tapi Lelaki Buta Huruf Ini 500 Kali Lebih Kaya Dari Anda"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close