5 Hidangan Unik Yang Boleh Disajikan Di Hari Raya Pertama

loading...
Hari raya dah tak lama lagi. Kunjung mengunjung adalah amalan wajib majoriti keluarga, terutama pada hari raya pertama nanti. Sebagai tuan rumah, memang lazimnya kita menghidang pelbagai juadah hari raya yang enak seperti pelbagai jenis kuih raya, ketupat, lemang dan sebagainya.


Apa kata, sebagai twist, kita sediakan makanan yang jarang orang hidang di ketika hari raya? Berikut adalah contoh 5 hidangan unik yang boleh disajikan pada hari raya nanti.
  1. Aiskrim

    Ha.. Ini memang unik. Jarang sekali kita nampak tuan rumah hidang aiskrim kepada tetamu. Kanak-kanak mesti suka. Ia idea yang menarik kerana sebagai tetamu yang memang menziarahi rumah ke rumah, lebih-lebih lagi jika cuaca panas terik, sudah tentu memerlukan sesuatu untuk menyejukkan badan. Tak payah mahal-mahal. Kadang-kadang, aiskrim Malaysia pun mencukupi. Kan?



  2. Jeli



    Jeli adalah salah satu makanan (dessert) penyejuk badan yang baik juga. Populasi target ialah kaum dewasa dan ibu bapa. Hehehe.. Jika kreatif, boleh buat jeli buah-buahan, puding koktel atau jeli kelapa. Hidang sejuk-sejuk. Pergh.. Marvellous!
  3. Snek makanan ringan

    Bila dah berjalan dari rumah ke rumah, kadang-kadang tetamu pun dah kenyang dan hanya berniat untuk berziarah. Akan tetapi, ini bukanlah alasan untuk tuan rumah tidak hidang apa-apa kepada tetamu. Makanan ringan seperti maruku dan kerepek menjadi pilihan tetamu yang datang, terutamanya pada lewat petang.

  4. Soto

    Hah? Soto pada hari raya pertama? Mengapa tidak? Selain makan ketupat dengan rendang dan lauk bersantan lain, ketupat tu bolehlah dimakan dengan sup ayam/lembu panas-panas, dengan mee soto dan sedikit sayuran. Orang putih kata, “light version” lah katekan. Hehehehe...

  5. Lontong

    Mesti ramai yang kenal lontong ni adalah menu sarapan popular, terutamanya di Lembah Klang ini. Akan tetapi, tahukah anda, sebenarnya lontong ini juga merupakan salah satu juadah wajib hari raya pertama di kalangan masyarakat Jawa. Beras yang direbus di dalam daun pisang, kemudian di makan dengan kuah masak lodeh dan sambal, dimakan pula di pagi raya. Memang best!

Loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "5 Hidangan Unik Yang Boleh Disajikan Di Hari Raya Pertama"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close