loading...
Eksperimen Rahsia Facebook
Sejak
penubuhannya pada tahun 2004, Facebook telah berjaya mengubah bagaimana cara
manusia berkomunikasi dan berhubung sesama manusia.
![]() |
Adakah anda salah satu mangsa? |
Dari satu idea, Facebook
telah diilhamkan oleh 5 orang pemuda yang bercita-cita tinggi, Dustin Moskovitz,
Eduardo Saverin, Andrew McCollum, Andrew Hughes dan yang paling popular diantara
mereka, seorang drop-out Universiti Harvard yang dikenali sebagai Mark
Zuckernberg.
Namun adakah
kita tahu bahawa Facebook kini telah mengambil peranan aktif dalam mengawal
kehidupan seharian kita semua sebagai penggunanya dan bukan lagi sekadar memberi kita khabar berita mengenai kenalan kita di "newsfeed"?
Mengeksperimen terhadap pengguna
Facebook
Isu ini
menjadi heboh apabila akhbar utama dunia seperti The Guardian (UK) melaporkan
bahawa Facebook telah melakukan eksperimen sosial tanpa sebarang kebenaran
penggunanya. Ini dibuktikan lagi apabila orang no 2 Facebook, Sheryl Sandberg
mengakui sendiri bahawa Facebook telah melakukan eksperimen sosial secara rahsia
terhadap sekurang-kurangnya 700,000 pengguna Facebook pada tahun 2012 dan beliau memohon maaf untuk tindakan syarikatnya itu.
Eksperimen sosial
tersebut telah dilakukan untuk melihat jika Facebook mampu mempengaruhi emosi,
perasaan serta tindak tanduk manusia melalui cara mengawal elemen yang muncul
di “newsfeed” anda serta perkara viral yang menyebabkan anda menekan butang "like" atau "share".
Facebook
telah secara sengaja “mempamerkan” dan “menyembunyikan” sesetengah benda untuk
tatapan penggunanya untuk melihat jika kita mampu dipengaruhi.
Sudah
tentunya Facebook tidak akan menjadi syarikat yang bernilai berpuluh billion
dollar jika para pelaburnya tidak mendapat keuntungan yang besar dari aplikasi
Facebook ini.
Cuba
bayangkan syarikat-syarikat besar yang mahukan anda membeli produk mereka.
Sudah tentunya eksperimen Facebook ini mampu mempengaruhi kita untuk menyokong
ataupun membeli produk sesetengah syarikat yang mengiklan secara besar-besaran di Facebook.
Mempengaruhi tindak-tanduk manusia
Manusia
secara amnya adalah makhluk yang mempunyai respon yang mendalam terhadap
sebarang impuls yang dialami.
Selepas ini parti-parti
politik tidak lagi perlu bersusah payah untuk “menjaja” manifesto mereka jika
mereka mampu mencetuskan sokongan dari dalam diri pengguna Facebook itu
sendiri apabila mereka mampu mengawal cara pengguna-pengguna Facebook itu berfikir.
Sama seperti
media masa television ataupun suratkhabar yang selama ini berjaya “mencuci”
minda kita semua melalui propaganda dan berita yang berat sebelah, Facebook
kini mampu menjadi alat yang lebih berkuasa kerana ia berjaya membuatkan kita
dipengaruhi tanpa sedar.
"Emotion Contagion"
Walaupun isu tersebut telah reda slepas tahun 2012, ramai pakar teknologi mengatakan bahawa eskperimen sosial Facebook masih berlangsung malaha kini lebih ramai pengguna yang telah dieksperimentasikan.
Walaupun isu tersebut telah reda slepas tahun 2012, ramai pakar teknologi mengatakan bahawa eskperimen sosial Facebook masih berlangsung malaha kini lebih ramai pengguna yang telah dieksperimentasikan.
Antara yang
terbaru adalah mengenai kempen “Rainbow Flag” yang mewarnai profile picture
pengguna Facebook di seluruh dunia yang meraikan kegilaan perkahwinan sesama jenis di US.
Sesetengah pakar mengatakan bahawa “Rainbow Flag” adalah satu eksperimen untuk melihat bagaimana manusia senang dipengaruhi oleh sesuatu berita yang dianggap sensasi ataupun popular.
Sesetengah pakar mengatakan bahawa “Rainbow Flag” adalah satu eksperimen untuk melihat bagaimana manusia senang dipengaruhi oleh sesuatu berita yang dianggap sensasi ataupun popular.
Sepertimana
fenomena “Arab Spring” yang telah banyak dijayakan oleh media sosial seperti
Twitter serta Facebook itu sendiri. Kemungkinan besarnya ada tangan-tangan
senyap dari Silicon Valley yang ingin mencorakkan sesuatu peristiwa itu
mengikut acuan kuasa-kuasa besar.
"Emotion Contagion" merupakan terma yang diberi untuk eksperimen-eksperimen oleh syarikat besar media sosial seperti Facebook dan Twitter ini di mana target mereka adalah untuk mempengaruhi penggunanya yang seramai berjumlah berbillion.
"Emotion Contagion" merupakan terma yang diberi untuk eksperimen-eksperimen oleh syarikat besar media sosial seperti Facebook dan Twitter ini di mana target mereka adalah untuk mempengaruhi penggunanya yang seramai berjumlah berbillion.
Masih fikir media sosial adalah bebas dan adil? Fikir semula
Loading...
loading...
0 Response to "Agenda eksperimen rahsia Facebook ke atas kita semua yang kita tidak pernah tahu."
Post a Comment