Jangan buat 7 perkara ini bila anda beraya di rumah orang

loading...
Kali ini, team TambahCheese akan berkongsi beberapa peringatan sosial untuk kita gunapakai sempena menjelang Aidilfitri ini. Jika anda bertamu ke rumah saudara mara, jiran tetangga atau sahabat taulan pada hari raya ini, pastikan anda menjauhi 7 perkara ini:

1. Jangan sibukkan diri dengan gajet. Pastikan tangan anda bebas daripada memegang sebarang telefon bimbit, ipad, tab, macbook atau TV LED 42 inci. Bayangkan kalau anda selaku Tuan Rumah dan ada tetamu sampai kat pintu pagar, mulutnya memberi salam sambil tangan memegang handfon dan mata ralit menonton iklan Raya Petronas, semasa bersalam dihulurkannya tangan kiri kerana tangan kanan tengah "retweet" ucapan Raya Azwan Ali, semasa makan, dia menolak makan makanan berat yang perlu menggunakan tangan kerana mahu 'scroll' gambar raya Lisa Surihani dengan Yusri, bila salam nak balik, boleh pula dia ucap “Kipidap, nebegibap” ala-ala Ayah Kulup. Sebagai tuan rumah, tidakkah anda rasa mahu belanja beliau sebiji peluku di kepala?




2. Jangan tinggalkan pinggan kotor atas meja walaupun Tuan Rumah suruh tinggalkan atas meja. Percayalah, meskipun mulut kata lain, hati kata lain. Lagi-lagi kalau tetamu yang datang bertali arus dari mula azan Raya sampai ke tengah malam. Paling tidak, bawalah pinggan mangkuk yang anda gunakan ke dapur, jika anda tolong cuci sekali itu bonus. Tapi jangan melebih-lebih pula sehingga anda kutip semua pinggan orang yang sedang makan untuk dicuci, atau anda pula tinggal di rumahnya sampai Raya kelima semata-mata mahu tolong cuci pinggan!


3. Jangan tanya soalan-soalan hijau sepanjang zaman (evergreen) yang boleh mengundang kemarahan, atau membandingkan Tuan Rumah dengan diri sendiri atau orang lain. Contoh, 
Eh bila lagi anak yang sulung nak kahwin, anak saya yang sebaya dah nak dapat cucu ke-sepuluh dah,
Dah setahun kahwin, belum bunting? Anak aku jugak yang plaing subur, setiap 9 bulan bersalin (Eh?)


4. Jangan berkelakuan seperti anda sedang lepak di kedai mamak. Jangan order air bergelas-gelas, atau menghembuskan asap rokok secara sukahati, atau duduk berjam-jam di meja makan sampai tetamu lain yang baru sampai tak boleh makan, atau menonton perlawanan bola sepak Chelsea menentang Liverpool sambil menjerit sekuat hati 
Golllllllllll



5. Jangan hanya berbual dengan keluarga sendiri ketika sedang beraya di rumah orang. Berbuallah sepuas-puasnya di rumah sendiri, bila sedang bertandang ke rumah orang, ambillah kesempatan ini untuk bertanya khabar dan mengeratkan silaturahim dengan tuan rumah. 



6. Jangan balik tanpa menjamah hidangan yang Tuan Rumah sediakan. Walaupun itu adalah rumah ke-127 yang kau pergi pada hari itu, minumlah minuman yang disediakan walaupun seteguk dan sebiji kuih raya. Jika anda sudah merancang untuk menziarahi beberapa biji rumah pada hari yang sama, pandai-pandailah simpan ruang untuk hidangan di rumah yang seterusnya. 


7. Walaupun kami dah berpesan supaya jangan tidak makan langsung, jangan pula kamu yang habiskan semua makanan yang dihidangkan. Ketahuilah Tuan Rumah tidak menyediakan sebalang biskut dan seperiuk rendang untuk setiap seorang tetamu. Berpada-pada dan bersederhanalah, itulah anjuran Islam.

Tips ini boleh digunapakai sepanjang masa ketika anda berkunjung ke rumah sesiapa sahaja tanpa mengira masa, bukan sekadara ketika musim perayaan. Semoga tips ini bermanfaat untuk kita semua. Ingat, beraya-beraya juga, adab jangan pula kita lupa!
Loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Jangan buat 7 perkara ini bila anda beraya di rumah orang"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close