loading...
1. BERSIH 4.0 tidak disertai oleh Parti PAS
PAS adalah penganjur bersama BERSIH 1.0 hingga 3.0, tetapi kali ini PAS tidak lagi menyertai perhimpunan bersejarah ini berikutan perpecahan Pakatan Rakyat.
Ketiadaan PAS dalam perhimpunan kali ini digantikan dengan Gerakan Harapan Baru yang dipelopori oleh bekas-bekas pemimpian dan orang kuat PAS seperti Mat Sabu, Dr Mujahid Rawa dan lain lain.
2. BERSIH 4.0 berlangsung selama 34 jam.
Berbanding Bersih sebelum ini, perhimpunan tersebut hanya mengambil masa satu hari. Bersih 4.0 bermula pada 2 pm 29 Ogos (Sabtu) dan akan tamat pada tengah malam 31 Ogos (Ahad) dengan nyanyian lagu Negaraku di Dataran Merdeka sebagai simbolik perjuangan menuju kemerdekaan hakiki.
3. ARIF dan Skuad Keadilan mengambil tempat untuk menjaga dan memelihara keselamatan peserta BERSIH 4.0 menngantikan Unit Amal.
Oleh kerana PAS tidak menyertai perhimpunan ini, unit Amal yang selama ini menjalankan tugas cemerlang dalam perhimpunan Bersih sebelum ini juga tidak turut serta dalam perhimpunan kali ini. Amal Relief (ARIF) yang dibentuk oleh Gerakan Harapan Baru dan Skuad Keadila dari PKR mengambil alih tugas mereka.
![]() |
ARIF |
![]() |
Skuad Keadilan |
4. BERSIH 4.0 menuntut 5 perkara iaitu:
- Pilihanraya yang bersih, tulus dan bebas.
- Kerajaan memerintah yang bersih, berintegrirti, bebas rasuah.
- Hak rakyat untuk membantah
- Pengukuhan demokrasi berparlimen
- Pemulihan ekonomi Malaysia
6. Perhimpunan ini turut disertai oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir dna isterinya, Tun Rosmah!
7. Peserta perhimpunan bersama-sama menjaga dan memlihara kebersihan bandaraya sepanjang perhimpunan.
8. Banyak orang persendirian, organisasi dan syarikat yang memberi sumbangan seperti makan tengahari dan kudap-kudapan!
![]() |
Makanan percuma daripada Restoran Insaf untuk peserta Bersih |
![]() |
Air minuman percuma dari Nandos untuk peserta |
9. Peserta beragama Islam menyempurnakan solat jemaah di jalanan tanpa sebaran gangguan. Malah ada peserta bukan beragama Islam yang membantu agar mereka dapat menyempurnakan solat.
Ini bukan pemandangan di luar negara, ini bukan sedutan filem, ini adalah realiti. Malaysia yang harmoni, kita bukan sahaja melangkaui kebebasan beragama, kita sudah mencapai satu tahap yang lebih tinggi - menghormati dan memelihara praktis agama di negara kita.
10. Para peserta bermalam berlantaikan bumi dan berbumbungkan langit di sekitar bandaraya di hujung hari pertama perhimpunan.
Ada yang memasang khemah, ada yang beralas kotak dan kain, ada juga rumah-rumah ibadat berdekatan yang mempelawa peserta untuk bermalam di premis mereka.
Loading...
loading...
0 Response to "10 Fakta Menarik Tentang Bersih 4.0"
Post a Comment