loading...
| Ini merupakan satu cerita benar yang sangat menyedihkan. Kisah ini menjadi teladan kepada semua umat manusia di atas dunia ini bahawa betapa baiknya mereka yang prihatin ini. Seorang bapa meminta gambar arwah anaknya diedit.
Seorang bapa, Nathan Steffel kepada seorang bayi, Sophia telah meminta kepada orang ramai untuk mengedit gambar anak perempuannya itu supaya dapat melihat wajah anak perempuannya tanpa medical tubing. Anak perempuan kepada Nathan Steffel ini sudah meninggal dunia dan sejak lahir lagi Sophia hanya berada di hospital ditemani dengan tiub tiub pernafasan. Oleh sebab Nathan teringin sangat tengok arwah anaknya itu tidak memakai tiub, dia meminta kepada orang ramai yang reti bab mengedit gambar untuk edit gambar arwah anaknya. Dibawah ni gambar Sophia yang diedit oleh beberapa orang yang sangat baik hati. Ada juga beberapa gambar yang dilukis oleh para pelukis diluar sana.
Inilah gambar Sophia yang telah di edit. Walaupun, bapanya, Nathan Steffel tak dapat melihat anaknya membesar dengan sihat, tetapi dia bersyukur sebab dapat melihat gambar gambar anaknya tanpa tiub penafasan. Seorang bapa meminta gambar arwah anaknya diedit.
Loading...
loading...
0 Response to "Kisah Seorang Bapa Meminta Gambar Arwah Anaknya Diedit"
Post a Comment