Kalau Anda Lihat Betul- Betul Logo-Logo Ini Ada Mesej Rahsia Yang Tersembunyi

loading...
Berapa kerap anda ternampak logo untuk syarikat-syarikat terkenal seperti McDonald's dan Baskin Robbins? Kecuali jika anda duduk di bawah tempurung, jawapannya ialah tak terkira banyaknya. 

Anda mungkin fikir oleh sebab anda selalu melihatnya, anda boleh tahu mesej rahsia yang berada di dalam logo tersebut tetapi hakikatnya tidak. Macam mana kita boleh tak nampak?


1. Baskin Robbins


Nombor "3" dan "1" berwarna pink yang membantu melengkapkan huruf "B" dan "R" itu sebenarnya menyatakan kepada anda terdapat 31 perisa ais krim yang berada di rangkaian mereka.




2. FedEx


Nampak anak panah di antara "E" dan "X" itu? Syarikat ini sentiasa maju ke hadapan.



3. Le Tour de France


Acara berbasikal terkemuka ini mempunya pelumba basikal yang membawa basikalnya di atas perkataan "Tour".



4. Amazon


Website ini mempunyai segalanya yang anda mahu, dari A hingga Z, dan mereka akan memberinya dengan senyuman.



5. Cisco


Syarikat yang berpengkalan di San Francisco ini telah menemui cara untuk mangabadikan jambatan Golden Gate di dalam logo mereka.



6. Hope for Children Initiative


Anda boleh melihat seorang anak kecil memandang ke arah seorang dewasa di sisi benua Afrika ini.



7. Adidas


Syarikat pakaian sukan ini juga menemui cara untuk menjadikan tiga jalur terkenal mereka sebagai lambang bukit-bukit yang perlu didaki oleh atlet dalam mencapat kejayaan.



8. LG


Huruf "L" and "G" jika disambungkan menjadi lambang wajah yang gembira, mewakili bagaimana syarikat mahukan pelanggan mereka rasa.



9. Wikipedia


Logo glob yang dibina menggunakan kepingan jigsaw puzzle yang tidak lengkap ini melambangkan bagaimana usaha mengumpulkan maklumat alam yang tidak akan pernah habis.



10. Formula 1


Ruang putih antara huruf "F" yang bewarna hitam dan jejalur merah di dalam logo ini mencipta nombor "1".



11. Sony Vaio


Logo Vaio ini terdiri daripada corak gelombang analog dan digital . Genius!



12. Coca-Cola


Sementara ia mungkin sengaja atau tidak, syarikat Coca-Cola telah menyembunyikan bendera Denmark di dalam logonya yang terkenal ini!



13. McDonald's


Ketika syarikat rangkaian makanan segera ini ingin mencipta logonya, mereka merujuk kepada ahli psikologi Louis Cheskin. Beliau mencadangkan lambang dua gerbang emas (golden arches) kerana ia mirip simbol "buah dada yang menghidupkan".



14. Northwest Airlines


Dengan bantuan segitiga yang menunjuk ke arah barat laut, huruf "N" yang disengetkan itu menjadi huruf "W".



15. Spartan


Hayunan pemain golf dalam logo Spartan ini juga mencipta lambang topi seorang pahlawan Spartan.



16. Google


Mungkin sukar dipercayai tetapi huruf "L" dalam logo Google ini merupakan simbol pemberontakkan (rebellion). Huruf ini merupakan satu-satunya huruf yang bukan warna primer di dalam logo syarikat ini menunjukkan syarikat ini bukan seperti syarikat lain.



17. Sun Microsystems


Anda tidak boleh melihat ke mana-mana di dalam logo berbentuk permata ini tanpa melihat perkataan "SUN". Kalau anda tahu mencarinyalah.



18. Yoga Australia


Jika anda melihat dengan teliti, anda boleh melihat benua Australia di ruang putih antara tangan kanan dan kaki kanan pengamal yoga ini.



19. Families / Marriage


Huruf "ili" di dalam "Families" mirip sebuah keluarga kecil dan huruf "RR" di dalam "Marriage" mirip pasangan yang sedang membuat sumpah ikatan mereka.



20. Wendy's


Jika anda lihat kepada kolar budak berkepala merah ini, anda akan dapat lihat perkataan "MOM" dibina menggunakan garisan biru menegak dan sebiji kerongsang.





Loading...
loading...

0 Response to "Kalau Anda Lihat Betul- Betul Logo-Logo Ini Ada Mesej Rahsia Yang Tersembunyi"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close