Seram! Gambar terkini Penjara Pudu

loading...
semua ini disalin dari penyingkapfakta.com

Perhatikan gambar dirakamkan di tingkat bawah Penjara Pudu, Kuala Lumpur.






Waktu gambar di atas direkodkan, 2.43 pagi tadi.


Ketika kru 666 melakukan tinjauan, kedengaran bunyi seperti besi sedang dipotong. Razali berjalan di hadapan mengarahkan semua supaya senyap dan berhati-hati.






"Siapa itu? Keluar! Keluar!," jerit Razali.


Keadaan senyap, tiba-tiba bunyi kami dengari berhenti.


Pantas kami melakukan pemeriksaan di setiap bilik kurungan dan di bahagian belakang. Malangnya kami tidak bertemu sesiapa di ruang dibina kira-kira 121 tahun itu.






Berulang kali, Penjara Pudu diisytiharkan akan dirobohkan tetapi saya kira sehingga kini hanya sebahagian daripada tembok dan bangunan bersejarah itu dirobohkan untuk memberikan lalu kepada pembangunan.


Baca perinciannya di sini.


Untuk rekod, awal pagi tadi, kali ketiga kru 666 berpeluang memasuki penjara pernah menjadi lokasi kurungan ribuan pesalah jenayah.

Dilaporkan, 180 banduan digantung di lokasi sama.


Banyak gambar saya rakamkan malam tadi. Saya percaya ramai pembaca tidak berpeluang melihat suasana terkini penjara terbabit.















Berhambalah kepada Allah s.a.w?





Banduan melakukan kesalahan, pihak pengurusan penjara juga tidak sempurna.



















Barangkali peringatan tercatat di dinding penjara itu harus ditujukan kepada pencuri bahan besi di bangunan terbabit.










Dalam tinjauan sebelum ini, bahagian bangunan di bawah tidak dibuka.













Mungkin pergerakan kami diperhatikan ...





Terfikir, barangkali itu kali terakhir kru 666 berpeluang berkunjung ke Penjara Pudu sebelum dirobohkan.





Terima kasih kepada 3 kru Penyingkap Fakta sudi menyertai tinjauan pagi tadi.





Untuk rekod, gambar pertama terhasil kerana cat di dinding penjara luntur lalu menghasilkan corak rawak.







Terima kasih juga kepada perawat Kasturi Syifa', Ustaz Musleh dan Zaharuddin.






Loading...
loading...

0 Response to "Seram! Gambar terkini Penjara Pudu"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close