Apa Jadi Pada Kedaulatan Negara Bila Amerika Syarikat siasat 1MDB

loading...








Paklong dengar bila Peguam Negara US ikrar untuk sekat dan hantar balik duit 1mdb sebanyak 1 billion usd di US , ramai yang meroyan kononnya negara kita akan jadi seperti Iraq , Syria dan sebagainya. Kononnya Obama akan mula campur tangan hal ehwal negara kita.


Tambah-tambah lagi, bila pelawak negara Afdlin Shauki keluar kenyataan macam ni.











Kami menerima pertanyaan samada tindakan sivil oleh kerajaan US ke atas beberapa entiti dan individu berkaitan 1MDB ialah suatu campur tangan asing dalam urus tadbir negara.
Pertama sekali, kita perlu rujuk kenyataan rasmi oleh Peguam Negara US, Loretta Lynch, untuk mengetahui TUJUAN tindakan tersebut diambil, iaitu:


“The Department of Justice will not allow the American financial system to be used as a conduit for corruption,” said Attorney General Lynch.

Atau dalam Bahasa Melayu,

“Jabatan Peguam Negara tidak akan membiarkan sistem kewangan Amerika digunakan sebagai alat kepada aktiviti rasuah”

Jadi, tindakan tersebut telah diambil kerana individu dan entiti yang terlibat telah menggunakan sistem kewangan US sebagai antara laluan untuk menyalahgunakan wang daripada syarikat 1MDB.

Tindakan ini bukan dianggap sebagai suatu campur tangan asing kerana Peguam Negara US mempunyai kuasa ke atas setiap transaksi yang dilakukan di negara tersebut.

Kesalahan tersebut juga adalah sebahagian daripada aktiviti penggubahan wang haram atau money laundering, yang ditentang habis-habisan oleh mana-mana negara.

Ini juga bukanlah kali pertama kerajaan US mengambil tindakan ke atas entiti dari luar negara US dalam isu penggubahan wang ini.

Sekitar 10 tahun kebelakangan ini, bank dan institusi kewangan telah dikenakan denda berjumlah USD204 billion (bersamaan dengan RM830.3 billion). Daripada jumlah ini, sebahagian besar entiti tersebut merupakan entiti antarabangsa yang bukan berasal dari US. Denda tersebut dikenakan kerana kesalahan yang telah mereka lakukan di US.

Antaranya ialah:
- BNP Paribas dari Perancis ($8.9 billion)
- UBS dari Switzerland ($6.5 billion)
- Deutsche Bank dari Jerman ($5.5 billion)
- Barclays dari UK ($4.2 billion)

Kesimpulannya, tindakan yang diambil oleh kerajaan US ke atas individu dan entiti berkaitan dalam urusniaga 1MDB ialah hak mutlak kerajaan US.

Sama juga halnya jika pemimpin kita pergi merompak bank di New York. Ia adalah kesalahan di bawah undang-undang US dan wajar untuk dihukum oleh kerajaan US.

Malah sebenarnya, menafikan hak kerajaan US untuk mengambil tindakan ke atas perompak tersebut boleh dianggap sebagai mencampuri urusan negara US!

Senang cerita Paklong nak bagi hampa faham, Indon yang kerja kat depan rumah hampa bunuh orang di negara kita, Polis negara tangkap dan siasat Indon itu, adakah kita dikira mencampuri urusan negara Indonesia?

Loading...
loading...

0 Response to "Apa Jadi Pada Kedaulatan Negara Bila Amerika Syarikat siasat 1MDB"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close