loading...
#Anak Sulung
Anak sulung atau anak pertama sering menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila umur mereka meningkat remaja.
Anak sulung lebih pandai membawa diri masing - masing dan sanggup berkorban demi adik - adik.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
- Anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung
- Suka bertolak ansur, serta ego.
- Sering berjaya dalam hidup.
- Lebih pandai mengambil hati orang tua.
- Mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.
#Anak Tengah
Kebiasaannya anak tengah mempunyai sikap yang pelik sedikit daripada anak - anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan buat hal sendiri. Ini adalah disebabkan mereka paling kurang menjadi favorite person di kalangan adik - beradik yang lain. Mereka selalu rasa terpinggir dalam banyak hal dan terpaksa mengalah kepada yang sulung dan bongsu. Oleh itu, anak tengah sentiasa cuba untuk melakukan yang terbaik tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
- Lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
- Lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
- Suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
- Sering merasakan diri mereka terpinggir.
- Terlalu mengalah.
#Anak Bongsu
Anak bongsu sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala. Sentiasa mahu ornag lain mengikut kehendaknya. Mereka memerlukan orang lain untuk melakukan apa sahaja dalam hidup.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
- Happy go-lucky dan yakin diri.
- Manja.
- Berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
- Sukar membuat keputusan sendiri
Loading...
loading...
0 Response to "Fakta Menarik Tentang Susunan Adik Beradik Dalam Keluarga"
Post a Comment