loading...
Tersentuh hati membaca cerita pendek dari Ustaz Kazim Elias ni.. Kita tengok dia hari ni menikmati kehidupan yang selesa, dengan rezeki yang ada dia membuka sekolah tahfiz pada anak2 yatim & anak2 miskin tapi ramai yang tak tahu sejarah hidup ustaz kazim yang bergelar anak yatim sejak dari usia 8 bulan selepas ayahnya meninggal dunia.
Lahir dalam keluarga besar, bila arwah ayah ustaz kazim ni meninggal dunia jadi ibu dia la memikul semua tanggungjawab dengan berbekalkan pendapatan dari hasil menjadi guru mengaji al quran. Zaman kanak - kanak beliau menyelitkan 1 kisah yang sangat2 menyentuh hati daku bila membacanya.. Jom la kita sama2 baca
Dari cerita ustaz kazim ni sang lekit pun terasa jugak sebab sang lekit pun lahir dalam keluarga yang tak berapa kecik. 6 orang adik beradik perempuan yang lahir jaraknya tak jauh. setahun.. dua tahun macam tu la. Bayangkan masa kecik.. semua pun lebih kurang je usianya. Time tu kita boleh nampak mana yang anggap kita sedara mana yang anggap kita ni bala. Bukan semua orang suka bila orang tu anak ramai & bukan dari keluarga kaya raya cuma sekadar cukup je keperluan untuk hidup. Boleh sekolah.. merasa jugak pakai baju raya.. merasa jugak jenjalan setahun dua kali (time cuti raya ler) tapi nampak macam anak itik pulang petang la bila keluar kan. Time tu la bermula episod terasa hati & jauh diri dengan sesetengah sedara.
Bila dah besar.. dah terbiasa tak rapat dengan sesetengah sedara akibat dari pengalaman buruk & sedih masa kecik jadi tak rapat la sampai sekarang. Bila dah besar pandai pulak sesetengah sedara ni nak salahkan kita kurang bergaul dengan depa. Depa terlupa kot masa kecik2.. depa tak pandang pun kita melainkan.. Family makcik dengan anak tunggalnya yang kami panggil ABANG sampai hari ni. (kakak kepada arwah ayah yang pernah jaga sang lekit masa kecik dulu). Ada pulak sedara yang nak dengki dengan Abang & makcik sebab segala kesenangan & keselesaan kami hari ni kami kongsi dengan mereka. Bagi sang lekit Makcik & family Abang adalah keluarga kami. Susah senang depa yang ada selama ni dari kecik sehingga semuanya dah ada kerjaya sendiri. Abang la banyak tolong masa adik beradik sang lekit nak masuk IPT. Tolong hantar & tolong banyak benda even dari segi kewangan abang tak kaya tapi dari segi kudrat abang memang banyak tolong. Masa sang lekit nak nikah dulu pun abang la yang uruskan semua. Arwah ayah sebelum meninggal (4 hari sebelum sang lekit nikah) pun sempat amanahkan abang untuk uruskan. Betapa arwah ayah percaya pada abang. Yelah.. arwah ayah kan takde anak lelaki.. Itulah anak lelaki yang dia boleh harap pun.
Yang jadi pengajaran sang lekit sampai sekarang & selalu pesan dengan adik beradik yang lain, jangan bezakan layanan dengan anak buah. Shahila ada seorang sepupu (anak adik sang lekit) & 3 orang lagi dua pupu (anak abang.sebenarnya shahila ramai dua pupu ni tapi tulis yang paling rapat je la.. kekekeke). Apa yang kami pernah rasa dulu dah cukup membawa kesan pada hari ni. Moga kisah ni jugak jadi pengajaran pada kita semua lebih2 lagi yang ramai anak buah. Tak kira dia miskin, kaya, comel atau comot.. Itu semua hari ini. Akan datang kita tak tau dia lebih berjaya dari anak2 kita atau kita sendiri, masa tu baru nak mai ngaku sedara, kirim salam saja la bila hati dah terluka terlalu lama. ye dak??
Loading...
loading...
Sy stuju dgn sang lekit...time kite xpunya pape, cmtu la waris2 wat kt kite...bile da senang n gji besor, mule nk baik2...dlu tgk muke pn xnk...ape pn,sy dh maafkn mereka...cume luka lame jd parut hodoh..
ReplyDelete