loading...
Telah dikhabarkan bahawa Dajjal Laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang-gemilang Sukan Olimpik2012 ini.Mereka telah lama membuat persiapan untuk acara ini iaitu sejak dahulu lagi kerana melalui acara sukan antarabangsa inilah mereka dengan mudahnya mengumpulkan penduduk seluruh dunia bagi menjayakan agenda mereka untuk menyihir seluruh dunia.
Bandar London telah dipilih kerana London merupakan pusat agenda segala jahat mereka dalam merosakkan dunia selama ini,manakala tahun 2012 adalah tahun yang sangat signifikan bagi mereka.Ia adalah tahun yang mana Dakjal Laknatullah telah bebas daripada rantai yang mengikatnya selama ini.Angka 2012 juga mempunyai maksud tersirat yang tersendiri.Kita tahu bahawa puak Illuminati,salah satu cabang pasukan Dajjal sentiasa mempunyai kod-kod rahsia tersendiri bagi menjalankan agenda mereka. Kita tahu bahawa tulisan Arab dan Ibrani (tulisan Yahudi) ditulis dari sebelah kanan ke kiri.
Jika 2012 itu diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ.Di dalam kod ini,huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N.Dengan ini terbongkarlah dalang di sebalik Olimpik London 2012 atau Olimpik London ZION.
*2012=ZOIZ=ZIOZ=ZION
Zion sebagaimana kita tahu adalah sebuah bukit di Jerussalem,yang diidamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak kezahiran Dajjal atau Mosyaikh mereka ke dunia bagi menguasai dunia.
Sebagai contoh logo 2012 yang diperkenalkan pada Jun 2007 didakwa menelas kos sehingga 400,000 pound(RM2 Juta) itu turut memaparkan maksud tersembunyi yang menjadi perkataan Zion serta lambang swastika(Nazi) jika ia disusun semula.
Logo 2012 ini jika disusun semula akan menjadi perkataan Zion(Zionis).
Selain itu,beberapa pemerhati turut mempertikaikan reka bentuk Stadium Olimpik London yang telah meraih Anugerah Institut Arkitek Diraja Britain 2012(Riba).Mereka mendakwa binaan segitiga di sekeling stadium itu menyerupai piramid separuh siap lambang Illuminati walaupun arkitek firma Populous itu,Philip Johnson menyatakan idea reka bentuknya menandakan era baru dalam acara sukan.
Binaan segitiga disekeliling Stadium Olimpik juga didakwa menyerupai piramid dalam logo Illuminati.
Aspek lain pula dalam Olimpik London yang mempunyai pengaruh Illuminati adalah dua maskot bermata satu diperbuat daripada logam digelar Wenlock dan Mandeville.Sesetengah pihak mungkin mengganggap kedua-dua maskot tersebut seperti watak animasi filem Monster Inc.Tetapi jika diamati dengan teliti,ia sebenarnya menyerupai Dajjal yang diketahui sebagai makhluk bermata satu.Kedudukan mata maskot tersebut turut dikaitkan dengan lambang mata satu(all-seeing eye) iaitu mata yang melihat semua yang terdapat dalam puncak segitiga simbol Illuminati.
Maskot Wenlock(kiri) dan Mandeville ini juga dikatakan menyerupai Dajjal.
Salah satu kad,Combined Disaster dalam permainan Illuminati ini dikatakan bakal menjadi kemuncak teori konspirasi .
Siapa yang telah tonton pembukaan Sukan Olimpik London,anda mesti tertanya-tanya kenapa tiba-tiba ada orang keluar dari pokok yang diletakkan atas bukit itu,dah ramai pulak la tu....
Rupa-rupanya pokok itu adalah pokok Yahudi yang dikenali sebagai pokok gharqad berdasarkan hadis Rasullulah.Menurut apa yang saya ketahui,mereka sebenarnya hendak menunjuk mereka selamatkan diri dari mati dibunuh.Ia merupakan unsur Yahudi yang ditonjolkan dalam perasmian sukan ini.Kalau anda tak percaya cuba buka YouTube untuk melihat sendiri video yang menunjukan ramai orang keluar dari pokok di atas bukit itu.
Satu perkara lagi yang menyedihkan kepada umat Islam....Jika anda perhatikan gambar ini betul-betul sewaktu pembukaan Sukan Olimpik London,ia menceritakan bahawa Nabi Musa a.s dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang tentera Firaun akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang dilahirkan pada waktu itu.Lihat gambar ini...seorang bayi sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan.Ini menggambarkan bayi tersebut adalah Musa a.s yang sedang dihanyutkan di atas Sungai Nil ketika waktu malam.Selepas itu, muncul pula gambar patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat.Kan Nabi Musa a.s mempunyai tongkat yang mempunyai kuasa dan itu adalah mukjizat yang diberikan oleh ALLAH SWT kepadanya.Nabi Musa a.s pernah menggunakan tongkatnya untuk membelah laut setelah mendapat petunjuk dari Allah bagi menyelamatkan kaumnya Bani Israil melarikan diri dari dikejar Firaun Laknatullah.Dengan kuasa ALLAH ,laut itu terbelah dua dan ketika Firaun melintasinya,laut itu seperti sedia kala dan menenggelamkan Firaun serta pengikutnya.Gambar ini jelas menunjukkan satu penghinaan kepada umat Islam umumnya.Mereka menggambarkan Nabi Musa a.s sebagai ahli sihir itu.Dikatakan ketinggian Nabi Musa a.s adalah 40 hasta.Satu hasta bersamaan 45.72cm.40 hasta bersamaan dengan 1,828.8cm.Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebih kurang 18 meter.Semoga anda tidak mengagumi acara pembukaan itu kerana percayalah banyak lagi bukti-bukti upacara penyembahan syaitan dan merupakan satu penghinaan kepada Islam berlaku acara itu.
Adakah ia hanya satu kebetulan?Atau sememangnya telah dirancang dengan teliti oleh pertubuhan rahsia Yahudi ini?
Loading...
loading...
0 Response to " Olimpik 2012 Merupakan Konspirasi Yahudi"
Post a Comment