Terjemahan Surat Lin Dan kepada Lee Chong Wei dalam BAHASA MELAYU

loading...









Kepada abangku , Chong Wei,

Kelmarin , bila aku nampak engkau membaling raket mu , dan melompat ke udara sambil menjerit kegembiraan , aku betul, betul gembira untukmu.

Kita berdua sudah kenal mengenali satu sama lain selama 16 tahun , sewaktu kita masih muda dan bertenaga. Waktu itu , Taufik  , Peter dan Gade yang jadi jaguh , dan ketika itu kita berdua masih belum menarik perhatian dunia. Aku menang pada pertama kali kita berlawan , sewaktu itu   kita  berdua pasti takkan sangka, berapa banyak lagi perlawanan yang akan kita main bersama sampai sekarang.

Kadang- kadang kau menang, kadang-kadang aku menang, membuatkan aku boleh berlagak sedikit di sini yang aku menang lagi banyak dari kau sepanjang pertemuan kita. Tapi hari ini aku tak mahu cakap pasal keputusan , kerana skil kita berdua sudah tidak boleh diukur dengan keputusan lagi. Ada orang panggil aku "Super Dan" ketika aku menang, dan ada juga orang yang sedih tengok kau kalah , kerana tuah kau sentiasa kurang sedikit berbanding aku, setiap pertandingan besar-besar , pasti aku yang menang melawan kau.

Di sini , aku nak berterima kasih kepada kau. Di sebalik menang kalah kita bersama, masih ada hubungan mesra " LIN- LEE"   dia antara kita. Kita bagaikan Ronaldo dan messi , Larry Bird dan Magic Johnson , Nadal dan Federer , kekal  selamanya pasangan ini  disebut sebut , kerana kewujudan satu sama lain.

Sebab engkau lah , aku jadi lebih baik. Aku telah menjohani hampir semua kejohanan, tapi aku masih tak berani nak main main bila ada kau. Engkau lah yang buat aku seram sejuk setiap kali kita ke final , dan kau berdiri di sebalik jaring. Bila aku tinggalkan kau beberapa mata, kau akan kejar setiap mata sepenuh hati , dan aku takkan biarkan kau jadi juara sesenang itu. Kau berlatih . Aku pun berlatih. Kau tak mengalah. Aku pun tak berani nak main-main  dan curi tulang.

Semua itu sudah berlalu, dan kita sekarang sudah pun menjadi tua. Ramai pemain baru sudah muncul , dan kadang-kadang aku menghantar mesej  dan bersembang dengan kau tentang bakat bakat muda ini. Mereka akan menempuhi kesukaran , untuk jadi Juara , tak macam kita  dulu , sewaktu hanya kita berdua saja yang bersaing-saing untuk jadi Juara. Jujurnya , sunyi jugak keadaan badminton dunia dulu, asyik kita je ke  final, tapi setiap kali aku jumpa kau di final , waktu itulah aku main dengan sepenuh hati dan potensi aku. Pada kau sajalah aku boleh menggunakan pedang yang aku asah sekian lama.

Jadi , sekarang kita di Rio , Olimpik keempat aku. Di separuh akhir , susah juga aku nak tewaskan budak dari India tu , tapi aku lepas juga. Bila semangat aku dah koyak, aku ingat janji aku dengan kau , yang kita akan bertemu di semi final.

Ini kali ke 37 aku bertemu denganmu sejak pertemuan pertama kita. Aku tewas dan tersungkur di hadapanmu tapi aku tidak sekali kali menyesal! Engkaulah lawan aku yang paling hebat. Aku pun sanggup dan rela kalah padamu tanpa penyesalan. Bila aku peluk kau tempoh hari , aku rasa macam 10 tahun kita berkenalan bagaikan cuma satu mimpi.

Aku akan bawa jersi kau kepada bakal anak aku dan beritahu kepadanya.
DULU , PERNAH HIDUP SEORANG PEMAIN BERNAMA LEE CHONG WEI , LAWAN TERHEBAT AYAH , DAN KAWAN TERBAIK YANG AYAH PERNAH KENAL.

Dapat berjumpa denganmu ketika aku bermain di peringkat yang tertinggi adalah satu tuah bagiku.
Selamat  berjaya di Final.

- Lin Dan (Terjemahan oleh tambahcheese.com)


Loading...
loading...

0 Response to "Terjemahan Surat Lin Dan kepada Lee Chong Wei dalam BAHASA MELAYU"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close