loading...
Wahai semua lelaki, adakah anda memiliki sifat suami idaman setiap wanita? Tidak kisahlah sama ada anda sudah beristeri, bakal bernikah, atau belum mempunyai calon, kita sentiasa boleh memperbaiki diri dan cuba untuk mengukuhkan hubungan dengan isteri.
Berikut adalah sifat-sifat suami idaman yang diulas daripada Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
1. PASANG NIAT
Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
2. BERSYUKUR
Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. SENYUM
Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
4. JADI TEMAN BERBUAL
Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?
5. TELEFON DAN BERI MESEJ CINTA
Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
6. JADI PAK LAWAK
Suami idaman tidak semestinya kelakar, tetapi cuba menghiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
7. CARI PELUANG BERGURAU MANJA
Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
8. MAKAN BERSAMA
Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
9. MANDI BERSAMA
Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
10. BANTU KERJA RUMAH
Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda. Percayalah, walaupun isteri anda tidak meminta tolong, pasti dia akan menghargai pertolongan anda.
11. BERBINCANG
Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
12. SENTIASA NAMPAK HENSEM!
Sebagai suami idaman, pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
13. LEMAH-LEMBUT DALAM NASIHAT
Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.
14. BELANJA ISTERI
Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
15. PEKA DAN AMBIL BERAT
Jadilah penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
16. BAWA KELUARGA KE ARAH ISLAM
Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan. Penuhkan dada dengan ilmu agama walaupun sesibuk mana.
17. JAGA RAHSIA ISTERI
Suami idaman wanita tidak akan memburukkan isteri atau sesiapa sahaja. Malah, mereka sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
18. AMBIL HATI KELUARGA ISTERI
Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?
19. BIJAK URUS STRESS
Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok, bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.
Semoga mendapat manfaat dengan perkongsian ini. Insyaa Allah.
CARIAN YANG BERKAITAN:
Tentang Datuk Fadzilah Kamsah
19 sifat suami idaman
komunikasi yang mengancam fadzilah kamsah
tips menjadi suami idaman istri
Loading...
loading...
0 Response to "19 Sifat Suami Idaman – Perkongsian Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah"
Post a Comment