5 Gambar Cucu Allahyarham Dato Haron Din Tidak Dapat Menahan Kesedihan Semasa Solat Jenazah Ghaib..!!

loading...



Suasana sedih menyelubungi dewan solat utama apabila Imam Besar Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya membacakan doa sehingga sebak di hadapan kira-kira 5,000 orang yang hadir solat jenazah ghaib untuk Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din.








Cucu Allahyarham Datuk Dr Haron Din, Hakim Hamdi (hadapan) mengimamkan solat jenazah ghaib Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Turut bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tiga kiri), Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (dua kiri) dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan). STR/FAIZ ANUAR



Solat bermula jam 9.25 pagi dengan diimamkan oleh cucu Mursyidul Am PAS itu, Hakeem Hamdi, 17.







Yang turut hadir solat jenazah ghaib itu ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.




Allahyarham Haron, 76, meninggal dunia pada pukul 10.10 pagi (waktu Malaysia) semalam di Hospital Stanford University, San Francisco akibat komplikasi jantung. Allahyarham meninggalkan isteri Datin Khatijah Salleh serta dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.




Damailah Tuan Guru disana…mati itu pasti..syurga dn neraka itu pasti…moga Allah ampunkn kita semua…Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali.. Al Fatihah.





Credit : Bernama
Loading...
loading...

0 Response to "5 Gambar Cucu Allahyarham Dato Haron Din Tidak Dapat Menahan Kesedihan Semasa Solat Jenazah Ghaib..!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close