loading...
Jawab: Tidak ada masalah utk memberikan daging korban kpd org kafir.
Ia sesuai dgn penciptaan manusia yg memuliakan manusia sekalipun org kafir. Boleh memberinya kpd org kafir yg miskin, kaum kerabat, jiran atau mu'allaf, dgn syarat org kafir itu tidak memerangi org Islam.
Berkata Syeikh Ibn 'Uthaimin Rahimahullahu Ta'ala, seorg ulama' Saudi:- Seseorg itu boleh memberikan daging korban kpd org kafir sbg sedeqah selagi org kafir itu tidak memerangi dan membunuh org Islam. Jika dia seorg kafir yg memerangi org Islam, maka tidak boleh memberinya apa-apa.
Firman Allah Ta'ala:- (maksudnya)"Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barang siapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (al-Mumtahanah: 8-9)
Fatwa dari Lajnah Da'imah lil Buhuth al-'Alamiyah wa al-Ifta':- Boleh utk memberi mkn daging korban kpd org kafir yg membuat perjanjian dan tebusan. Boleh memberinya kpd org kafir yg miskin, kaum kerabat, jiran atau mu'allaf, kerana menyembelih daging korban ini adalah qurban dan ibadat kpd Allah semata-mata.
Yang lebih afdhal, dagingnya dimakan sepertiga, sepertiga lagi diberikan kpd kerabat, jiran dan teman, dan sepertiga lg disedeqahkan kepada org fakir. Jika dilebihkan atau dikurangkan bahagian ini maka tidak mengapa. Tidak boleh memberikan daging korban ini kpd org kafir yg memerangi org Islam, kerana kita wajib menjatuhkan dan melemahkannya serta tidak menguatkannya dgn sedeqah.
Itu adalah hukum dalam memberi sedeqah kerana umum dalam firman Allah ini: (maksudnya)]"Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu." (Al-Mumtahanah:8)
Nabi menyuruh Saidatina Asma' bin Abu Bakar utk memberikan harta kepada ibunya yg musyrik ketika dalam waktu perdamaian.
Hukum Memberikan Daging Korban Kepada Orang Kafir « Jawab Imam al-Nawawi rahimahullah (w. 676/1277), contohnya menukilkan dalam Minhaj al-Talibin, Kitab al-Udhiyya menyebut bahawa orang kafir tidak boleh memakan daging korban (..لَا يَجُوزُ لِكَافِرٍ الْأَكْلُ مِنْهَا مُطْلَقًا).
Imam Ibn Hajar al-Haytami rahimahullah (w. 974/1567) yang mensyarahkan kitab berkenaan melalui kitabnya Tuhfat al-muhtaj turut mengesahkan hal yang sama: أَيْ مِنْ عَدَمِ جَوَازِ أَكْلِ الْكَافِرِ مِنْهَا مُطْلَقًا
Pendapat yang sama boleh ditemui dalam kitab-kitab fekah Mazhab al-Shafie yang lain iaitu "tidak dibolehkan memberi makan daging korban/aqiqah kepada orang bukan Islam secara mutlak".
Ulama Shafi'iyah mengiyaskan ibadah korban/aqiqah sepertimana amalan zakat di mana hanya orang Islam yang berhak menerima zakat. Kedua, matlamat pemberian daging korban/aqiqah itu ialah "irfāq al-muslimīn" iaitu mengeratkan kasih sayang sesama Islam. Inilah pandangan dalam Mazhab al-Shafie.
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Loading...
loading...
0 Response to " Adakah boleh memberikan daging korban kepada org bkn Islam?"
Post a Comment