ALLAHYARHAM HARON DIN BERHATI-HATI PILIH KEDAI MAKAN – MAZLAN ALIMAN

loading...


Sikap berhati-hati Allahyarham Datuk Dr Haron Din dalam memilih kedai makan menjadi pengajaran kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Amanah Nasional, Mazlan Aliman.

“Allahyarham sangat teliti dalam soal memilih kedai makan. Beberapa kali beliau menolak untuk memasuki mana-mana kedai yang dicadangkan tanpa menyatakan sebabnya,” ujar beliau ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Menurutnya, beliau mulai rapat dengan Mursyidul Am Pas itu ketika menjadi Ketua Penerangan Pas Pusat sehingga dapat mengatur program bersama Allahyarham di Johor beberapa kali dalam setahun.

“Arwah pernah datang ke rumah saya di Felda Bukit Ramun untuk majlis bersama penduduk tempatan,” jelasnya yang juga Pengerusi Biro Tanah dan Luar Bandar Amanah Nasional.

Bercerita lanjut Mazlan berkata, hubungan mereka semakin rapat sebaik beliau dilantik sebagai AJK Pas Pusat mulai 2007.


“Kami sering bertemu dan bertukar-tukar pandangan dalam mesyuarat mahupun ketika majlis rasmi parti.

“Kenangan terakhir bersama arwah dan dapat berbual panjang serta minta air penawar untuk keluarga saya ialah pada retreat Pas Pusat tahun 2014.

“Masa tu saya pelawa dia ke Johor dan dia setuju sebab dah lama arwah tidak ke Johor mengisi program,” ceritanya lagi yang juga Ketua Amanah Tebrau.

Allahyarham Dr Haron Din yang memperoleh Ph.D Syariah dari Universiti Darul-Ulum Qahirah pada tahun 1970-an dikurniakan lima anak bersama isteri, Datin Khadijah Md Salleh.
Loading...
loading...

0 Response to "ALLAHYARHAM HARON DIN BERHATI-HATI PILIH KEDAI MAKAN – MAZLAN ALIMAN"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close