BALASAN MENINGGALKAN SOLAT LIMA WAKTU

loading...



SEKSA MENINGGALKAN SOLAT


"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasukgolongan orangorang yang bersembahyang." (AlMudathsir:42,43)



Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu,

seksanya umpama:-

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkautinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tiduradalah berdosa kepada Allah.




Seksaan Ketika Hidup Di Dunia


Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisiagama Islam. Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsungtidak diberi pahala.

Seksaan Ketika Sakaratul Maut


Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinyadalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.


Seksaan Ketika Di Dalam Kubur


Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempitsempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah akanmenyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

Seksaan Ketika Berada Di Akhirat


Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya denganpandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalamneraka.




SEKSA NERAKA


HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG


Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhurdengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya)

Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut

Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawabbaginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain.Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan nerakawail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkansembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda

" Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasukipintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Wallahua'lam


SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG


Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia
dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga
jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada

henti-henti.

3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumikerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar,begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuhsemula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.


CUAI SOLAT LIMA WAKTU


Didalam neraka Jahanam terdapat wadi(lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk untadan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikansembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahunsehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi danbegitulah seterusnya.


Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat

Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksatatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat :-.


Enam seksa semasa hidup di dunia:

1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.

2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.

3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.

4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.

5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.

6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.



Tiga seksa tatkala hendak mati:

1. Dia mati dalam kehinaan.

2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.

3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini,

dia tetap merasa tidak puas


Tiga seksa ketika di alam kubur:

1. Disempitkan kuburnya.

2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.

3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL

AKRAK' dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dariSubuh

hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulahseterusnya

tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.


Tiga seksa di hari kiamat:

1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.

2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.

3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terusdisumbatkan ke

dalam nerakasebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?

" Mereka menjawab, "Kami , tidak sembahyang."
Loading...
loading...

0 Response to "BALASAN MENINGGALKAN SOLAT LIMA WAKTU"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close