Jawapan Kepada Yang Mengutuk keluarga Arwah Dr Haron Din Berubat di Luar Negara !!

loading...




Ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa:

"Kenapa perlunya buat rawatan perubatan jauh2??"
"Kenapa tak buat rawatan dekat2 je??"
"Memang dah xde doktor yg hebat2 ke dalam Malaysia??"

Rileks yee...soalan cepumas je.

Contoh laa saya bagi ringkas punya:
1. Ayah saya menghidapi penyakit systemic lupus erythematosus dan lung fibrosis sejak 2009. Pada waktu tersebut...sudah pergi hospital/klinik di sekitar Baling, Sungai Petani, Bukit Selambau dan Kuala Ketil. Doktor (general cases) mengatakan bahawa ini cuma demam je...penyakit biasa2 sahaja. Last2, ayah saya mengambil keputusan ke Kedah Medical Centre (Hosp Swasta di Kedah). Di sana bertemu dengan Dr Ismayatim (gastroenterologist) dan Dr Ismail (cardiologist dan pakar dada).

Hmmm...kejap ye. Kenapa perlunya ke sana??? Kenapa tak pergi Hosp Baling je?? Tak pon Hosp di Sg Petani?? Dekat sikit. Kedah Medical Centre sejauh 80km lebih drpd rumah saya jika dibandingkan dengan Hosp Baling & Hosp Sg Petani lebih kurang 20km je. Takkah lebih menjimatkan????

Antara sebabnya..specialist (doktor pakar) di Kedah Medical Centre lebih berpengalaman dan lebih tahu selok-belok sesuatu penyakit. Bahkan tak perlu menunggu lama. Itu sebabnya ada pesakit yg akan ke Hosp Swasta kerana lebih cepat jika dibandingkan di Hosp Kerajaan.

2. Dan sekarang pon...memang setiap minggu akan pergi appointment dgn doktor di Hosp Sultanah Bahiyah Alor Setar setelah Dr Ismayatim passing kes ayah saya kepada sahabatnya (rheumatologist) utk uruskannya dari semasa ke semasa. Antara sebabnya kos laa. Sekarang...jika sahabatnya kurang pasti, kes ayah saya akan dirujuk semula kepada Dr Ismayatim dan Dr Ismail di Kedah Medical Centre jika melibatkan paru2 dan usus/perut.

3. Kenapa tak ke Hosp Baling??
- Di Hospital Baling...kekurangannya doktor pakar (specialist). Tak dinafikan...ramai je doktor. Tapi bukannya doktor pakar. So, Hosp Baling perlu merujuk kes penyakit ayah saya ke Hosp yg lebih besar.

Jika dilihat semasa tahun 2009 pon (semasa tiada penemuan penyakit yg dihadapi oleh ayah saya), darah ayah saya sudah dihantar kepada makmal klinikal di Alor Setar. Tapi tidak menemui apa2 penyakit. Kemudiannya, Dr Ismayatim meminta darah ayah saya dihantar ke Hosp Sungai Buloh dan kemudiannya dihantar ke Australia. Kenapa jauh2 nak dihantar darah tue??? Antara sebabnya...kecanggihan teknologi yang ada. Malaysia kekurangan bukannya tiada langsung kecanggihan teknologi perubatan. SO, kena faham laa. Kecanggihan teknologi perubatan ketika itu tidak menemui apa2 penyakit.

---saya bukannya seorang doktor
---saya bukannya seorang jurutera
---saya hanya bercerita atas pengalaman saya
Loading...
loading...

0 Response to "Jawapan Kepada Yang Mengutuk keluarga Arwah Dr Haron Din Berubat di Luar Negara !! "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close