loading...
Selingkuh dalam diam sehingga tuan punya badan sendiri tidak menyedarinya bukan perkara baru. Meski, dalam sesebuah perhubungan ada pasang surutnya, namun itu tidak bermakna anda, lelaki bebas melakukan apa sahaja.
Memang kadangkala lelaki tidak sedar dirinya sedang mengkhianati cinta si kekasih dalam diam. Tetapi bagaimana itu terjadi? Kenal pasti lima situasi lelaki curang dalam diam.
1. Berkongsi masalah hubungan dengan wanita lain
Bercerita soal hubungan cinta anda dengan wanita lain boleh menyebabkan anda curang dengannya dalam diam. Paling tidak sepatutnya terjadi, apabila anda memberitahu kelemahan kekasih anda sehingga boleh mengaibkannya. Meski niat asal anda mahu meluahkan perasaan, ia sebenarnya tidak perlu. Bukankah ia akan membuka ruang kepada wanita lain itu untuk bersimpati terhadap anda seterusnya menjalinkan hubungan kalian bertambah rapat.
2. Godek Facebook bekas kekasih
Niat asalnya anda hanya ingin melihat perkembangan bekas kekasih, sama ada dari segi kehidupan, kerjaya ataupun aktivitinya bersama rakan-rakan. Namun sebenarnya, tindakan itu secara tidak sedar menyebabkan anda curang dalam diam dengan kekasih anda. Ini kerana saat anda melihat perkembangan bekas kekasih, kenangan anda bersama bekas kekasih itu terimbau kembali.
3. Beli minuman untuk wanita lain
Saat anda bertindak membeli minuman untuk wanita lain ketika sedang berseorangan di kafe misalnya, ia seolah-olah menunjukkan anda berminat dengan wanita tersebut. Membelikan minuman untuk wanita lain seterusnya duduk semeja dengannya boleh dikatakan sebagai usaha untuk memikat wanita tersebut. Jadi, adakah wajar anda sudah mempunyai kekasih bertindak seperti itu?
4. Berbual perkara intim dengan wanita lain
Lelaki dengan seks perkara biasa. Bagi mereka berbicara soal seks sesama mereka sudah jadi kelaziman. Namun saat anda bersama wanita lain seperti rakan sekerja misalnya dan berbicara perkara ‘dalam kain’ anda, ia menunjukkan anda sangat berharap untuk bersama wanita tersebut. Sebagai rakan, anda perlu tahu had pergaulan kerana berbicara soal perkara intim boleh mengundang situasi tidak diingini.
Mengadu soal penampilan
Lelaki dikenali dengan pelbagai perspektif yang mana mereka sukar untuk difahami pemikirannya. Lelaki yang mengkritik penampilan kekasihnya dan membandingkan dengan wanita lain sebenarnya tidak jujur dalam perhubungan. Paling selamat, tegur secara berkias kerana anda sendiri bukannya hebat sangat bukan?
Loading...
loading...
0 Response to " Inilah Punca Lelaki Curang Tanpa Sedar. No. 2 Memang Ramai Yang Buat! "
Post a Comment