Didik anak menjadi 'hamba' agar dewasa kelak mereka tak menjadi 'raja'

loading...

Didik anak menjadi 'hamba' agar dewasa kelak mereka tak menjadi 'raja'




Anak sedang cuba menyapu | Foto - Ibu Bapa Prihatin

Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengelap lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi

Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone
Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai-cincai sebab terpaksa
Tak kurang juga anak lelakinya, mana mahu nak buat kerja-kerja perempuan?

Budaya anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang. Sebab apa? Sebab mereka tidak dididik menjadi "hamba" dari kecil.

Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka
Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila di tempat ibu bapa mereka

Alasannya?

"Kesian anak tu kecik lagi.."
"Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?"
"Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.."

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi "hamba" anak sampai ke tua.

Dah kahwin beranak pinak pun, bila balik kampung masih nak menyusahkan ibu dan ayah. Ini terjadi dalam dunia masa kini
Baju suami isteri, anak beranak pun ibu yang basuhkan
Makan suami isteri, anak beranak pun ibu yang masak

Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sejak dari kecil akan membuatkan mereka berasa kekok untuk melakukannya bila menginjak dewasa. Mereka akan buat secara terpaksa. Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka dan yang akan menjadi hambanya ialah ibu bapa mereka. Sementara itu, si anak sedap bergoyang kaki.


Jadinya. pupuklah mereka sejak dari umur dua tahun secara perlahan-lahan dan bersesuaian dengan usia mereka. Bila dewasa kelak, mereka akan mampu berdikari.

Usah terlalu kasihankan anak
Jangan terlalu memanjakan anak
Ajar mereka erti susah payah sejak kecil
Ajar mereka tentang kerja rumah
Ajar mereka erti kehidupan
Pupuk kesedaran dalam diri mereka

Yang perempuan didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik mereka tentang pentingnya kebersihan


Yang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang. Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah itu. Malah lebih baik


Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba. Abaikan mulut-mulut puaka mereka-mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita. Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA. - Ibu Bapa Prihatin
Loading...
loading...

0 Response to "Didik anak menjadi 'hamba' agar dewasa kelak mereka tak menjadi 'raja'"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close