GEMPAR!!! (7 FOTO) Empangan Kuala Kubu Pecah!!! SEBARKAN SEGERA!!!!

loading...


GEMPAR!!! (7 FOTO) Empangan Kuala Kubu Pecah!!! SEBARKAN SEGERA!!!!


Versi Arkib Negara
Pada tahun 1883, banjir besar telah berlaku di Sungai Selangor. Banjir ini telah menyebabkan robohnya Empangan Kuala Kubu Ialu menenggelamkan seluruh pekan Kuala Kubu. Peristiwa penting ini dicatatkan dalam sejarah kerana bertolak dari peristiwa inilah lahirnya pekan Kuala Kubu Bharu yang ada sekarang. 

Empangan yang roboh itu panjangnya kira-kira 1.6 kilometer dan lebarnya melebihi 91.4 meter. la dibuat dari batang-batang kayu dan ditambak dengan tanah merentangi Sungai Kubu iaitu anak Sungai Selangor. Daerah Kuala Kubu sering dilanda hujan. Ini menyebabkan kerap berlaku bah di Sungai Selangor. Sungai ini pula menjadi cetek oleh takungan tanah dan pasir yang mengalir akibat hujan dan kegiatan melombong di bahagian hulu sungai. Lama-kelamaan Sungai Selangor menjadi sebak dan apabila hujan lebat turun dan sungai ini banjir, empangannya tidak berdaya lagi membendung arus air yang deras, lalu pada hari ini dalam tahun 1883, empangan ini roboh dan menenggelamkan seluruh pekan Kuala Kubu serta kawasan-kawasan yang berhampiran. Kejadian ini telah mengorbankan nyawa dan harta benda. 


Seramai 33 orang termasuk Cecil Ranking, Pegawai Daerah dan Majistret pertama Inggeris di daerah itu telah terkorban; 38 buah rumah hanyut dan satu-satunya mata pencarian penduduk kawasan itu iaitu mendulang bijih timah juga turut terjejas. Tragedi pecahnya Empangan Kuala Kubu ini juga dikenali sebagai 'Sejarah Kuala Kubu'. Akibat dari kejadian ini, Kuala Kubu sebagai sebuah mukim, pekan dan pusat pentadbiran jajahan Hulu Selangor tidak lagi wujud dalam sejarah. Pusat tersebut dipindahkan ke Rasa buat sementara. 

Kuala Kubu dibuka pada kurun kelapan belas oleh orang-orang Melayu dan mereka merupakan perintis kepada kegiatan melombong bijih di daerah itu, sehingga dapat membina empangan besar untuk kerja-kerja mendulang bijih. Daerah ini juga pernah menjadi kubu pertahanan Raja Mahadi dan Syed Mashor menentang angkatan perang Tengku Kudin dalam Perang Saudara di Selangor pada tahun 1867-1874.Usaha-usaha untuk membangunkan semula Kuala Kubu telah dibuat dan pada tahun 1931, lahirlah pekan Kuala Kubu Bharu yang kekal hingga ke hari ini sebagai pusat pentadbiran daerah Hulu Selangor, menggantikan Kuala Kubu Lama yang kini tinggal dalam kenangan.


Versi Buaya Putih
Kuala Kubu dahulu terletak di sebuah kawasan lembah berhampiran dengan Sungai Selangor, iaitu di pertemuan antara Sungai Rening dan Sungai Kubu. Nama Kuala Kubu berasal dari Sungai Kubu yang merupakan salah satu cabang Sungai Selangor. Menurut sesetengah pendapat, nama "Kubu" dipilih kerana di kawasan tersebut terdapat sebuah kubu pertahanan yang digunakan oleh angkatan perang Raja Mahdi dan Syed Mashyor melawan angkatan perang Tengku Kudin sewaktu perang yang berlaku di antara tahun 1868 hingga tahun 1873. Pada ketika itu, Kuala Kubu dan kawasan sekitarnya dikenali dengan aktiviti perlombongan bijih timah. Pada waktu itulah, Kuala Kubu menempuh zamannya yang gemilang dan merupakan bandar kedua terbesar di negeri Selangor.

Akan tetapi, pekan yang terletak kira-kira 66 kilometer dari Kuala Lumpur kini lenyap dari muka bumi, sudah musnah dalam banjir besar yang berlaku pada tahun 1883 dan 1926. Menurut Mak Anjang, penduduk lama di sini, banjir tersebut terjadi kononnya berpunca daripada seorang pegawai Inggeris yang bernama Cecil Ranking. Beliau dikatakan telah menembak seekor buaya putih yang kononnya dianggap oleh penduduk kampung sebagai penunggu di situ. Buaya putih yang dipercayai sebagai "binatang suci" oleh penduduk sengaja dipelihara dalam kolam yang dibina dengan mengempang air Sungai Kubu. 

Tujuan empangan tersebut dibina adalah untuk memelihara ikan sebagai sumber rezeki penduduk tempatan. Ranking tidak menghiraukan nasihat penduduk kampung agar tidak menembak buaya putih tersebut. Setelah buaya putih tersebut dibunuh, hujan pun turun dengan lebatnya dan empangan yang dibina musnah. Akibatnya, banjir yang besar melanda Kuala Kubu dan kawasan-kawasan sekitarnya. Ranking pada masa itu, bertugas sebagai pegawai daerah dan majistret di situ, turut menjadi korban bersama banyak nyawa dan harta-benda lain.

Selepas malapetaka tersebut, sekali lagi berlaku malapetaka yang lebih besar dan banjir besar pada tahun 1926 ini menenggelamkan sama sekali bandar tersebut. Penduduk dipindahkan ke kampung-kampung yang berhampiran seperti Kampung Kelapa, Paya Dalam, dan Rasa. Demikianlah bersemadinya bandar Kuala Kubu di dalam bumi, ditimbusi pasir dan lumpur kira-kira 30 meter dalamnya. Sebagai menggantikannya, sebuah bandar baru dibina dan diberi nama Kuala Kubu Bharu. Ia dibina di sebuah kawasan yang lebih tinggi untuk mengelak ancaman banjir. Kini, Kuala Kubu Bharu menjadi tempat persinggahan bagi sesetengah orang yang akan ke tempat peranginan Bukit Fraser. Ia juga merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Hulu Selangor, daerah yang paling luas di Selangor.




Versi Lawan Penjajah
Hakikatnya tiada seekor buaya pun di situ namun penduduk menggunakan isu reptilia sakti itu sebagai alasan untuk enggan berpindah apabila dipaksa penjajah Inggeris pada tahun 1883.

“Ini kerana mereka tahu muslihat pihak kolonial mahu bina lombong bijih timah terbesar di pekan itu dengan usir penduduk asal Melayu ke hutan bersebelahannya,” kata Abdul Rahim.

Marah dengan kedegilan penduduk, Inggeris lalu meletupkan sebuah empangan yang berusia 100 tahun waktu itu menyebabkan kawasan tersebut dikenali sebagai Ampang Pecah.

Ironi, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Sir Cecil Ranking yang cuba membuktikan mitos buaya putih sebagai dongeng turut terbunuh malah mayatnya cuma tinggal sebelah tangan saja.

“Kubur pegawai ini masih ada di halaman Rumah Rehat Kuala Kubu di Jalan Syed Mashor dan batu nisannya mencatatkan ‘Di sinilah semadi pusara tangan Sir Cecil’,” tambah beliau lagi.

Bencana ini biarpun meragut ramai nyawa penduduk, tidak mematahkan niat jahat penjajah untuk projek perlombongan itu malah terus membawa masuk ribuan buruh imigran China.

Galian berharga itu rupa-rupanya banyak terdapat di dalam hutan tebal menyebabkan Inggeris membina landasan kereta api mudah alih untuk pengangkutan bijih tanpa kos besar.

“Malangnya setelah stok bijih habis, semua peralatan lombong termasuk lokomotif dan gerabak kereta api tersadai di tengah hutan puluhan tahun lamanya,” jelas Abdul Rahim.


Ramai penduduk KKB sendiri tidak mengetahui banyak gerabak keretapi yang menjadi pengangkutan hasil lombong ditemui didalam hutan disana... sisa peninggalan kerjaan British


jadi versi mana yang benar? Atau korang ada versi yang lain? Sila kongsi di ruang komentar... apa-apa pun siapa yang pernah naik bas ni dia lejen...


Loading...
loading...

0 Response to "GEMPAR!!! (7 FOTO) Empangan Kuala Kubu Pecah!!! SEBARKAN SEGERA!!!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close