Kisah Adenan Satem Cabar Tukang Santau

loading...

Kisah Adenan Satem Cabar Tukang Santau




Longgokan kayu balak yang ditebang hujung 2014 ditinggalkan setelah kerajaan Sarawak menggiatkan operasi cegah pembalakan haram awal Januari 2015. — Foto AFPKUCHING, 7 Feb — Tan Sri Adenan Satem mengingatkan pembalak haram agar tidak menujukan sihir atau ilmu hitam kepada pegawai perhutanan di Sarawak, sebaliknya menujukan kepada dirinya sendiri.

Ketua menteri Sarawak berkata arahan menghentikan pembalakan haram datang daripadanya, maka tidak adil jika pegawai perhutanan yang terpaksa menerima kesan buruk ilmu hitam.

“Saya tahu ada pegawai perhutanan yang takut kena ‘polong’ (sihir dan ilmu hitam), diracun bahkan ada yang dikirim peluru untuk menakut-nakutkan pegawai terbabit.



“Semua itu adalah cara untuk membuatkan pegawai terbabit mengabaikan tanggungjawab mereka kerana mereka akan takut.

“Jadi, saya beritahu kepada mereka (pembalak haram), jika hendak melakukan ‘polong’ kepada sesiapa saja (pegawai dan penguatkuasa perhutanan negeri), tujukan ia kepada saya, sebab saya yang memberikan arahan (memerangi pembalak haram),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara yang disiarkan akhbar Harian Metro hari ini.

Adenan berkata meskipun pegawai perhutanan perlu berdepan risiko untuk melakukan penguatkuasaan, namun usaha murni itu tidak wajar dihentikan.

“Itu tanggungjawab (penguatkuasa), anda perlu berupaya mendepaninya. Apa pun, jangan berhenti,” beliau dilaporkan berkata.

Adenan juga berkata serbuan akan dilakukan setiap hari bagi mencegah pembalakan haram kerana arahan menghentikan aktiviti itu sudah pun dikeluarkan.

Katanya, kerajaan negeri membekalkan penguatkuasa Jabatan Hutan Sarawak dan Perbadanan Perhutanan Sarawak dengan senjata, kenderaan pacuan empat roda dan peralatan lain bagi memudahkan operasi pencegahan.

“Saya akui kerajaan negeri tidak akan dapat mengatasi masalah ini 100 peratus. Tidak, ia mustahil tetapi kita mesti hentikan pembalakan haram dalam arah tuju tertentu.

“Sekarang saya sudah arahkan 36 kilang papan ditutup. Mereka tidak akan beroperasi lagi, jadi tiada lagi balak haram yang akan diproses,” katanya kepada akhbar itu.

Loading...
loading...

0 Response to "Kisah Adenan Satem Cabar Tukang Santau"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close