TERKINI!!!Trump berikrar hapuskan pejuang jihad

loading...

TERKINI!!!Trump berikrar hapuskan pejuang jihad


PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berucap selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 di Capitol Hill, Washington. - Foto AFP 

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meletakkan perang terhadap pengganas sebagai dasar luar utama beliau sebaik sahaja mengambil alih jawatan hari ini, berjanji bekerjasama dengan negara sekutu memusnahkan ancaman pejuang jihad. "Kita akan mengukuhkan pakatan lama dan membentuk pakatan baharu serta menyatukan dunia bertamadun melawan keganasan sekali gus menghapuskan mereka sepenuhnya dari muka bumi ini, " katanya. Presiden AS sebelum Trump, George W Bush yang menjajah Afghanistan dan menggulingkan rejim Taliban dan Barack Obama yang mengarahkan serbuan membunuh Osama bin Laden turut memerangi pelampau. Namun, Trump pergi lebih jauh dalam penggunaan bahasa dengan mencadangkan beliau melihat perang itu sebagai pertempuran tamadun antara AS dan satu ancaman daripada keganasan. Dalam ucapan susulan acara angkat sumpah yang tidak begitu banyak perincian dasar itu, beliau berjanji untuk membentuk beberapa pakatan baharu melawan keganasan dengan tidak menolak kemungkinan bekerja dengan Presiden Russia, Vladimir Putin. Ketika ini, Moscow sudah mengerahkan tentera ke Syria untuk melindungi rejim Bashar al-Assad daripada pemberontak Islam, namun pentadbiran Obama berhujah taktik ganas mereka mengasingkan kumpulan sederhana hanya menyokong kumpulan pengganas Daesh. - AFP

Loading...
loading...

0 Response to "TERKINI!!!Trump berikrar hapuskan pejuang jihad"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close