loading...
(FOTO)Sinopsis Lengkap Kehidupan Rasulullah S.A.W Berdasarkan Kronologi Umurnya... Share Kepada Semua Supaya Semua Umat Beroleh Ilmu Dan Manfaat!!!

SEJARAH kehidupan Rasulullah ditulis oleh banyak pengarang, dan yang awalnya oleh Ibnu Ishak dan Ibnu Hisham.
Oleh sebab sanad mengenai sejarah ini bercabang-cabang dan sebahagiannya tidak sampai kepada sahabat, menyebabkan sejarah sebanar baginda sentiasa diselidiki, kecuali sesuatu yang dinyatakan dalam al-Quran. Segala isi yang ada dalam al-Quran bersifat mutawatir, atau sahih mutlak. Misalnya, al-Quran menyatakan dengan jelas berlaku Isra', tetapi tidak dinyatakan tarikh.
Peristiwa pasti berlaku, tarikh tepat sahaja yang menjadi bahan yang boleh diselirdiki lagi. Ada yang kata berlaku tahun ke-8 hijrah; ada yang kata ke-10 hijrah dan atau yang kata tahun ke-12 hijrah.
Oleh itu, jika ada pendapat dan hujah yang lebih sahih di kalangan pembaca, sudilah mencoretkan dalam ruangan komen di setiap gambar.
Begitupun, beberapa pengkaji sejarah dan ahli falak berbeza pendapat kerana 12 Rabiulawwal mengikut kiraan falak bukan hari Isnin, sedangkan hadis sahih menyatakan kelahiran baginda hari Isnin.
Ahli Falak seperti Mahmud Pasha, Shibli Numani dan Mubarakpuri meletakkan tarikh lahir baginda pada 9 Rabiulawwal atau 20 April 571 M.
MENYATUKAN SEMUA UMAT MANUSIA
Sebelum datangnya Nabi Ibrahim a.s, umat dunia menjadikan bulan bintang sebagai kiblat untuk menyembah dan memohon doa kepada Allah.
Agama waktu ini dinamakan sobiah.
Sebahagiannya, waktu itu, menjadikan orang soleh sebagai perantaraan untuk menyembah Allah dan memohon hajat.
Atas alasan, orang soleh mudah dimakbulkan doa.
Akidah sebegini masih ada dalam masyarakat kita, khususnya kepada sebahagian penganut tariqat.
Pada waktu itu, apabila orang soleh atau wali itu mati, orang ramai membina patung berwajah wali itu, utk memudahkan imaginasikan wajah wali itu, untuk berhubung dengan Allah.
Lama kelamaan, bukan lagi patung atau bintang dijadukan perantaraan, bahkan hakiki berhala dan bintang itu, disembahnya.
Tidak lagi menyembah Allah. Tidak lagi memohon hajat kepada Allah.
Dalam pemerhatian Ibrahim a.s, perkara ini akan membawa kacau bilau dalam akidah dan kesatuan umat.
Beliau dilantik menjadi Rasul dan diwahyukan cara yang betul untuk umat manusia.
Reformasinya, umat manusia digesa terus berhubung dengan Allah.
Dan, pengajaran ini dinamakan millah hanifi.
Untuk menjayakan gerakan reformasi baru ini, beliau memohon kepada Allah agar keturunan dan umat selepasnya mengikuti jalan ini.
Allah kurniakan dua putera.
Langkah dakwah yang dilakukan, utk menyebarkan millah hanifi ini, meletakkan anaknya Ishak a.s di Palestin atau Baitul Muqaddis.
Baitul Muqadis terletak di tengah2 negara2 besar dunia.
Seorang lagi, diletakkan di Makkah dengan mendirikan Baitullah, juga di antara tengah-tengah dunia yang boleh diakses oleh penduduk dunia.
Di Baitul Muqaddis lahirnya banyak nabi yang berfahaman sama seperti Ibrahim a.s, menyembah secara langsung Allah. Monoteism.
Terbesar dalam syariat dunia ialah agama Yahudi dengan kitab Taurat dan agama syariat Kristian dengan kitabnya injil.
Di Makkah lahirnya Muhammad s.a.w, yang ditugaskan menyatukan kembali syariat nabi Ibrahim. Musa a.s telah cuba melaksanakan misi ini tetapi kurang berjaya.
Peristiwa Israq Mikraj dan seluruh Surah al-Isra menceritakan agenda besar ini.
Inilah dalam solat kita sentiasa diingatkan mengenai agenda ini, dengan sentiasa memberi salam kepada Nabi Muhammad dan nabi Ibrahim.
Oleh Mohd Yusof Muzaffar
Apabila kita membaca lembaran-lembaran sirah kehidupan Nabi (S.A.W.), kadang-kadang kita tersilap membuat andaian bahawasanya oleh kerana Baginda (S.A.W.) seorang yang Ummi (buta huruf), maka Baginda (S.A.W.) tidak tahu akan keadaan hal-ehwal dunia di waktunya.
Ini satu tanggapan yang salah sekali, Baginda (S.A.W.) dilahirkan di dalam keluarga yang mulia, Banu Hashim disegani dan dihormati sesuai dengan peranan mereka sebagai penjaga Ka’bah manakala Bangsa Quraish merupakan bangsa berdagang yang memegang monopoli dari lautan India dan Afrika Timur sehinggalah ke lautan Mediterranean. Kafilah-kafilah mereka berdagang di Gaza, Busra, Damsyik, San’aa antara lain, menempuh musim panas di Syam (Syria) dan musim sejuk di Yaman; berdagang bersama kaum-kaum Mesir, Yunani, Romawi, Parsi, Habsyah dan lain-lain.
Baginda (S.A.W.) sendiri ikut berdagang bersama bapa saudaranya Abu Talib sewaktu Baginda (S.A.W) berumur diantara 9 atau 12 tahun, dan ketika baginda berumur 25 tahun, Baginda diupah oleh bakal isteri Baginda (S.A.W.) Sayyidatina Khadijah (R.A.) untuk berdagang atas namanya.
Jazirah Arab di waktu itu tidak asing dengan campur-tangan dan pengaruh kuasa-kuasa luar, Abrahah seorang jeneral kerajaan Aksum (Habsyah) dari San’aa mengendali satu rombongan berniat menghancurkan Ka’bah sekitar waktu kelahiran Nabi (S.A.W). Diaspora kaum-kaum Yahudi wujud di persekitaran Yathrib (Madinah) dan di Najran, telah wujud suatu komuniti Nasrani yang agak terkenal sehinggalah seorang paderi dari Itali, Gregentius datang melawat mereka sekitar abad kelima Masihi. Maka dapat kita bayangkan bahawa Nabi kita (S.A.W.) membesar dan hidup di satu rantau yang agak kosmopolitan, tidak segan dari pengaruh luar.
Nabi (S.A.W) sendiri tidak lepas dari keadaan geopolitik zaman Baginda (S.A.W.), akibat tentangan hebat dari kaum Quraish terhadap da’wah Baginda (S.A.W.), Baginda (S.A.W.) bersetuju untuk membenarkan penghijrahan beberapa kaum Muslimin ke Habsyah sekitar tahun 9 atau 7 sebelum Hijrah, sewaktu di Madinah pula Baginda (S.A.W.) mengemukakan Piagam Madinah dengan niat wujudnya keamanan diantara kaum Muslimin dan kaum-kaum lain yang wujud di sekitar Madinah.
Surah ar-Rum diturunkan dalam keadaan ia menjanjikan kemenangan terhadap tentera Romawi yang telah kalah diwaktu itu. Baginda (S.A.W.) sendiri akan memimpin seramai 30,00 parajurit Muslimin mengahadapi tentera Romawi di Tabuk dan pada penghujung umur Baginda (S.A.W.), Baginda (S.A.W.) mengutuskan surat-surat kepada kuasa-kuasa besar di waktu itu, mengajak meraka menyahut seruan agama.
Bercakap tentang toleransi pula, Baginda (S.A.W) seorang yang amat toleran, Sayyidana Anas bin Malik (R.A.) menceritakan suatu ketika seorang Badwi membuang air kecil di Masjid Nabawi, Nabi (S.A.W.) tidak menyergahnya akan tetapi membiarkan ia habis membuang hajatnya dahulu, kemudian Baginda (S.A.W.) memanggilnya dan menerangkan secara baik perihal kesalahannya. Ramai sahabat-sahabat Baginda (S.A.W.) yang antara lain seperti Salman al-Farsi (R.A.) dan Abdullah ibn Salam (R.A.) yang sebelum ini menganut ajaran lain, terpegun dengan mesej keamaan dan toleransi Baginda (S.A.W.), mereka kemudiannya terus memeluk Islam dengan rela hati. Menurut Ibn Hisham, Ketika delegasi Nasrani dari Najran datang berjumpa dan berdebat dengan Baginda (S.A.W.), Baginda (S.A.W.) membenarkan mereka melakukan penyembahan di Masjid Nabawi sendiri. Nah, bayangkan! Si Badwi membuang air kecil dan paderi Nasrani melakukan penyembahan di Masjid Nabawi.
Malangnya keadaan kita zaman sekarang, jauh sekali toleransi terhadap agama lain, sesama kita pun masih bercakaran, saling bertengkar dalam perihal Furu’ (ranting) malah ada yang mengkafirkan saudara seagama. Astaghfirullah! Nabi (S.A.W.) pun berpolitik; politik beliau global, mesejnya akhlak dan kasih-sayang, bukan politik kekampungan, kejumudan dan gedebeh. Baginda (S.A.W.) seorang yang sentiasa memikirkan keadaan umat sedunia, amat ghairah sekali terhadap keimanan sedunia dan amat arif sekali tentang tipu-daya musuh-musuh Islam. Baginda (S.A.W.) menyarankan umatnya menuntut ilmu walau di Cina sekalipun, Baginda (S.A.W.) juga pernah memerintahkan Zaid bin Thabit (R.A.) supaya mempelajari Bahasa Ibrani, kelak tahu ia akan tipu-daya bangsa Yahudi. Berlainan dengan keadaan sekarang. Kita selalu menyalahkan bangsa Yahudi tentang kecelakaan yang menimpa umat, akan tetapi yang makan riba’nya kita, yang makan rasuahnya kita, yang dengkinya juga kita.
Peringatan untuk diri saya khususnya, masakan boleh kita salahkan segalanya pada bangsa Yahudi apabila kita sendiri tidak dapat membezakan musibah-musibah yang menimpa kita ini samada dari kesalahan dan dosa-dosa kita sendiri atau daripada tipu daya bangsa Yahudi, jauh sekali untuk kita mempelajari lingua-franca bangsa Yahudi zaman sekarang (Bahasa Inggeris).
Ingatlah! Sesungguhnya Allah tidak akan menukar nasib suatu kaum itu kecuali mereka menukar nasib mereka sendiri, Wallahu ‘alam.
Sempena bulan Rejab ini, marilah sama-sama kita hayati kisah hidup Baginda (S.A.W.) dan memperbanyakkan selawat ke atas Baginda (S.A.W.);
Allāhumma ṣalli wa sallim ‘alā Sayyidina Muhammad, wa ‘alā āli Sayyidina Muhammad, waghfir lī fil ākhirati wal ūlā
Ya Allah, sambungkan kasihku kepada Rasulullah (admin).

Rasulullah, Abu Bakar, Umar, Othman, Ali dan Muawiyah ialah golongan bangsawan.
Golongan terkemukakan. Bukan Arab Badwi.
Masyarakat yang bertamadun.
Ada memberigambaran betapa masyarakat jahiliah Quraish ialah golongan tak bertamadun dan suka membuang anak-anak perempuan hidup-hidup ke dalam kubur. Itu tidak tepat.
Jika berlaku satu dua kes, ianya terpencil.
Malah, masyarakat kita di Malaysia mungkinlebih jahiliah dengan membuang bayi di kaki masjid, di dalam tong sampah, dalam tandas dan sebagainya.
Rasulullah dari keturunan Ibrahim dan Ismail yang merupakan pemuka dan pemimpin masyarakat.
Kita tahu keturunan Ibrahim ini merupakan keturunan yang sangat bertamadun. Di sebelah Ishak, lahir beberapa nabi yang hebat dan membentuk sejarah besar dunia - Musa, Isa, Daud, Yusuf.
Begitu juga Quraish keseluruhan.Bangsa yang cerdik, pintar dan bertamadun.
Inilah sebab hasil tarbiah Rasulullah, dapat menjatuhkan kerajaan gergasi waktu itu - Rom dan Parsi.
Bolehkah Malaysia atau Indonesia melahirkan pemimpinyang mampu meruntuhkan tamadun Eropah, Amerika dan China ?
Dengan Yahudi yang ada sekitar 13 juta atas planet bumi ini sahaja umat Islam semua tunduk dan bersujud kepada kuasanya.
1. Pro-Parsi yang kebanyakan dianuti oleh pembesar Quraish yang mushrikin.
2. Pro-Rom yang disokong oleh kumpulan sederhana yang melihat kepada perjuangan ahli-ahli kitab. Penganut monotesma.
(Boleh rujuk kembali surah Rum)
3. Kumpulan Quraish yang ingin menghidupkan kembali cita-cita Nabi Allah Ibrahim, untuk menjadi pemimpin kepada dunia dari segi kemanusiaan. Kumpulan inilah yang dikatakan ummi. Bukan bermaksud tidak tahu membaca dan menulis. Kumpulan yang merdeka dari pengaruh Rum dan Parsi. Cuma, sebelum lahirnya Muhammad, mereka tidak ada pemimpin. Tidak ada kitab panduan.
Lahirnya Nabi Muhammad maka mereka mempunyai pemimpin. Diturunkan bersama Perlembagaan iaitu Quran.
Apabila nabi Muhammad menyatakan Quraish akan menjadi pemimpin dunia, ketika waktu itu Rum dan Parsi di menjadi kuasa besar dunia yang tak terkalahkan, maka ramai mengejek. Tak konfiden.
Nabi S.A.W menyusun pasukan. Tarbiah. Mengajar adab dan perlembagaan. Lihat surah Muzammil antara surah awal yang menyusun dan mewajibkan memasuki `sekolah' (tahajud) selama setahun hampir setiap malam, maka lahirlah beberapa guru dan pasukan pemimpin yang luar biasa.
Tentu kita akan melihat ahli perniagaan cara berfikirnya tangkas, cepat dan mampu melihat secara global.
Inilah yang berlaku kepada ahli perniagaan.
Rasulullah memiliki cara berfikir tangkas, cept menerpa dan memahami persekitaran masyarakat dna politik tempatan dan dunia, kerana sudah terlatih sebagai ahli perniagaan.
Abu Bakar juga seorang peniaga yang handal. Seorang jutawan.
Umar Al-Khatab tidak kurangnya. Keturunan Adi ini memang cekap dalam bidang diplomasi. Malah, keturunannya yang menjaga hal-ehwal diplomasi. Seorang diplomat bukan jenis orang biasa. Mereka mesti hebat dan cekap membaca orang yang di hadapannya.
Bagaimanapun, pengkaji hadis dan sejarah lebih teliti seperti Maulana Mohammad Asri Yusof mendapati tarikh yang lebih tepat bagi kewafatan Nabi s.a.w. ialah pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal tahun 11H bersamaan dengan 25hb. Mei 632M.
Hujah-hujah beliau boleh dibaca di link ini, http://www.darulkautsar.net/darulkautsar-net/pemurnian-sejarah/zaman-rasulullah/penilaian-semula-tarikh-kelahiran-dan-kewafatan-nabi-muhammad-s-a-w.html
Berpegang teguhlah dengan al Quran dan Sunnah Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam.
Antara pengajaran dan wasiat terakhir yang boleh menjadi pedoman kita semua ialah:
Wasiat Terakhir Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Sabda Rasulullah shallballahu 'alaihi wasallam:
فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِيْ فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيْرًا، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّيْنَ الرَّاشِدِيْنَ، تَمَسَّكُوْا بِهَا وَعَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُوْرِ، فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ.
"Sesungguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup selepas (kewafatan) aku dia akan melihat banyak perselisihan, maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa' al-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku. Gigitlah ia (sekuat hati) dengan gigi geraham (kamu) dan jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam urusan agama ini) kerana ia adalah bid'ah. Sedangkan setiap bid'ah itu (adalah) sesat." [Silsilah ash-Shahihah, no. 2735]
Pengajaran hadis:
1- Nabi mengkhabarkan bahawa selepas kewafatannya kelak, umat Islam akan menghadapi perselisihan yang begitu banyak.
2- Dalam menghadapi suasana perselisihan ini, baginda mengarahkan umat Islam supaya berpegang teguh kepada sunnahnya dan juga sunnah para sahabatnya, khususnya para khulafa' al-Rasyidin yang empat.
3- Keengganan untuk kembali kepada sunnah Nabi dan para Sahabatnya dalam menyelesaikan sesuatu perselisihan adalah antara penyebab terbesar kepada berlakunya perpecahan yang berpanjangan dalam kalangan umat Islam.
4- Dalam hadis yang sama juga baginda telah mengingatkan agar hendaklah umat Islam menjauhi perkara-perkara bid'ah, iaitu sesuatu yang diada-adakan dalam urusan agama baik dalam bentuk keyakinan atau amalan yang tidak bersumberkan daripada ajaran dan juga anjuran Rasulullah dan para Sahabat.
5- Baginda menegaskan bahawa setiap bid'ah itu adalah sesat. Justeru orang yang mencipta atau melakukan sesuatu bid'ah dalam urusan "AGAMA" adalah termasuk dalam golongan yang terkeluar daripada petunjuk Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.
Loading...
loading...
0 Response to "(FOTO)Sinopsis Lengkap Kehidupan Rasulullah S.A.W Berdasarkan Kronologi Umurnya... Share Kepada Semua Supaya Semua Umat Beroleh Ilmu Dan Manfaat!!! "
Post a Comment