loading...
PENTING!!! Penyakit INFLUENZA H5N1 Merebak Lagi!!! Baca Ini Kalau Anda Tak Mahu Terkena!!!
Mengambil tanggungjawab untuk menyebarkan maklumat berkait INFLUENZA H5N1 yang kian makin tersebar di negeri Kelantan. Kalau dahulu,tak silap min tahun 2006,virus nie merebak hampir keseluruh semenanjung Malaysia yang mengakibatkan beberapa kematian dan beratus-ratus ribu haiwan ternakan unggas dihapuskan. Kini setelah lebih 1 dekad virus ini menyepi,virus ini kembali menyerang. Risau gak min kerana kampung halaman min pun terlibat sama kali nie.

APAKAH INFLUENZA AVIAN?
Dikenali juga sebagai “selesema burung”, burung liar dan ayam itik mendapat penyakit ini apabila dijangkiti oleh virus influenza avian. Virus ini berbeza dengan virus influenza manusia.

TERDAPAT BANYAK JENIS SELESEMA BURUNG. ADAKAH KESEMUANYA BERBAHAYA?
Terdapat 15 jenis selesema burung, atau unggas (avian). Strain paling mudah merebak yang biasanya membawa maut kepada burung, ialah H5 dan H7. Terdapat sembilan jenis H5 yang berbeza, sesetengahnya amat patogen, manakala yang lain adalah tidak berbahaya. Jenis yang pada masa ini menyebabkan kebimbangan ialah strain H5N1 yang amat berbahaya, ia terbukti boleh membawa maut kepada sesetengah manusia. Virus ini juga dikenali sebagai influenza avian amat patogen [highly pathogenic avian influenza - HPAI].

BAGAIMANAKAH VIRUS TERSEBAR?
Itik liar diketahui sebagai pembawa virus, walaupun ia sendiri mungkin tidak mendapat jangkitan. Walaubagaimanapun, apabila itik-itik ini berhijrah dari setempat ke setempat, ia mudahmenyebarkan virus kepada burung ternakan seperti ayam dan itik yang lebih rentan. Burung ternakan pula menjangkiti manusia. Di samping itik dan ayam bela jinak, angsa, puyuh malah khinzir, diketahui pernah dijangkiti virus ini.

BAGAIMANAKAH SEBENARNYA BURUNG MENYEBARKAN VIRUS?
Burung mengumuhkan virus dalam najisnya, apabila najis kering, ia hancur, dan kemudiannya disedut melalui pernafasan melalui partikal-partikal halus yang dibawa angin dalam udara.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA INFLUENZA MANUSIA DENGAN UNGGAS?
Influenza di kalangan manusia ialah jangkitan pernafasan virus yang lazimnya mengganggu hidung, kerongkong dan kadangkala, paru-paru. Disebut ‘flu’ dalam bahasa Inggeris, ia berlaku mengikut musim, paling kerap berlaku pada bulan-bulan musim sejuk di negara-negara beriklim sederhana. Influenza manusia merebak dari manusia kepada manusia manakala influenza avian dari burung kepada burung dan kadangkala, dari burung kepada manusia. Jika selesema burung H5N1 berubah ansur menjadi strain yang boleh merebak dari manusia kepada manusia maka ia akan dianggap virus influenza manusia atau pandemik yang baharu.

BOLEHKAH VIRUS INI BERMUTASI?
Boleh dan pernah berlaku. Setiap kali virus H5N1 merebak ke kawasan baharu, kebarangkalian dan peluang virus bermutasi meningkat. Dengan setiap kes jangkitan manusia kebarangkalian untuk virus bermutasi meningkat. Virus ini amat berbahaya kepada manusia

PESANAN DARI PAKLONG..
Ambillah langkah pencegahan kepada virus ini semaksima mungkin,jangan disebabkan kerugian kita tidak sanggup merawat atau melupuskan haiwan ternakan kita yang berisiko. Dapatkan maklumat dan bantuan dari Jabatan Veterinar yang berhampiran dengan anda jika ada unggas berhampiran anda yang menunjukkan tanda-tanda diserang virus ini. Dan akhir kata dari min,nyawa itu tiada galang ganti,tidak boleh dibeli dikedai barangan terpakai mahupun direfill di stesen-stesen minyak berdekatan anda. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.
Loading...
loading...
0 Response to "PENTING!!! Penyakit INFLUENZA H5N1 Merebak Lagi!!! Baca Ini Kalau Anda Tak Mahu Terkena!!!"
Post a Comment