loading...
Benarkah Gelaran 'Duli Yang Maha Mulia' Yang Digunapakai Agong Kita Mengatasi Kebesaran ALLAH???
Pemerintah tertinggi untuk negara kita seperti yang diketahui oleh kesemua rakyat Malaysia adalah Yang Di-Pertuan (YDP) Agong yang dilantik melalui Sistem Raja-Raja, setiap 5 tahun. Tetapi pernahkah anda terfikir kenapakah gelaran untuk setiap sebutan nama YDP Agong akan diiringi oleh baris perkataan 'Duli Yang Maha Mulia'?
Untuk memberikan lebih penjelasan, dan mengelak lebih ramai lagi orang yang keliru mari kami kongsikan dari mana asalnya perkataan 'Duli Yang Maha Mulia' tersebut. Kami syorkan anda baca dan kongsikan dengan kawan-kawan supaya kita semua dapat mengurangkan orang bodoh sombong di Malaysia ni, okay?
Maka adalah pula, pacal pacal yang tiadalah diketahui adakah sudah cukup barang diajar, berembuk akan hal gelaran "Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda", dikatakan syirik kerana gelar Yang Maha Mulia itu adalah sifat Tuhan yang tiadalah layak dipakai makhluk, adanya. Tiadakah pernah diajarkan, apakah gerangan makna gelaran "Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda", hinggakan pacal yang sejengkal kailnya itu bersilat lidah bagaikan buntat nak jadi gemala?
Adapun "Duli" itu maknanya "debu". Makanya "Duli Yang Maha Mulia" itu maknanya Raja yang bertakhta itu walau seluas manapun jajahan takluknya, hanyalah ibarat debu di sisi Tuhan Yang Maha Mulia. Adapun "Paduka" itu maknanya "selipar" manakala "Baginda" itu ialah baginda Rasulullah SAW.
Makanya "Seri Paduka Baginda" itu maknanya Raja yang berkuasa itu, meskipun segunung emas sepuluh mutu banyak hartanya, hanyalah selipar pelapik kaki kepada Baginda Rasulullah, utusan Tuhan Yang Maha Mulia.
Dari itu moleklah diperingatkan pesan Abdullah Munsyi dalam hikayatnya;
"Bahawasanya barang siapa hendak belajar bahasa bangsa bangsa lain, maka seyogianya hendaklah diketahui bahasanya sendiri dahulu. Hal yang demikian supaya memberi faedahlah baginya bahasa yang hendak dipelajarinya itu, adanya."
Loading...
loading...
0 Response to "Benarkah Gelaran 'Duli Yang Maha Mulia' Yang Digunapakai Agong Kita Mengatasi Kebesaran ALLAH???"
Post a Comment