JIMAT: Buat Apa Membazir Lebihan Data Kalau Anda Boleh Jual Pada Orang Lain?? Tengok Sini Kalau Nak Tahu Cara Nak MENJUAL & MEMBELI...

loading...

JIMAT: Buat Apa Membazir Lebihan Data Kalau Anda Boleh Jual Pada Orang Lain?? Tengok Sini Kalau Nak Tahu Cara Nak MENJUAL & MEMBELI...


Pernah tak dalam masa sebulan, pakej data yang korang langgani itu ada lebihan? Bukan sikit, tapi banyak sangat! Ruginya sebab bila masuk bulan baru, data korang tu habis macam tu sahaja walaupun sudah diganti yang baru.

Sebenarnya korang boleh buat untung tau dengan lebihan data tu, boleh dijual semula kepada orang lain melalui satu aplikasi ini. Selain itu, korang juga boleh beli data dengan harga yang lebih berpatutan berbanding dengan telco komersial tawarkan. 

Simplify : Aplikasi Jual Data Dengan Harga Yang Korang Tetapkan!



Simplify memberi kuasa kepada korang untuk menjual semula data mudah alih yang berlebihan. Apa yang korang perlu lakukan adalah hanya menghidupkan hotspot mudah alih korang, menetapkan harga dan mula menjual!

Cara-Cara Menjual Data [Sell Mobile Data]

  • Buka Google Playstore dan cari aplikasi SIMPLIFY ( Klik Disini Untuk Muat Turun )
  • Isikan butiran lanjut 
  • Kemudian akan ada klik pada butang "Sell Mobile Data" (Akan ada dua butang, "Sell Mobile Data" & "Scan To Connect")
  • Tetapkan harga data sendiri
  • Seterusnya, Simplify akan menjana Wi-Fi hotspot secara automatik untuk mencari pembeli yang berminat dengan jualan data korang.
Cara Membeli Data [Scan To Connect]
  • Hanya buka aplikasi Simpify dan klik butang "Scan To Connect" 
  • Kemudian Simplify akan mengimbas senarai nama penjual, jumlah data dan harga yang sedia ada pada waktu tersebut
  • Pilih penjual yang korang minat
  • Nikmati tambahan data!
Buat Masa Ini, Ada 5 Matawang Yang Boleh Digunakan Untuk Pembayaran

  • Ringgit Malaysia (MYR)
  • Singapore Dollar (SGD)
  • United States Dollar (USD)
  • Pound British (GBP)
  • Euro (EUR)

Mudah bukan?! Waah, daripada membazir terus boleh buat untung! Kalau data habis sekalipun tak perlu risau untuk tambah baru, sebab ada yang jauh lebih murah! Cuma, aplikasi boleh didapati bagi pengguna Android sahaja, buat masa sekarang.

Sumber: Izuan


Loading...
loading...

0 Response to "JIMAT: Buat Apa Membazir Lebihan Data Kalau Anda Boleh Jual Pada Orang Lain?? Tengok Sini Kalau Nak Tahu Cara Nak MENJUAL & MEMBELI..."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close