PENTING: Sepuluh Golongan Manusia Yang Tidak Mendapat Syafaat Nabi Muhammad S.A.W

loading...

PENTING: Sepuluh Golongan Manusia Yang Tidak Mendapat Syafaat Nabi Muhammad S.A.W




GOLONGAN YANG DERHAKA
1) Golongan Yang Kufur Kepada Allah
a. Kufur Nikmat
• Manusia yang kufur nikmat adalah manusia yang tidak mengenali Zat Yang Maha Mulia, Maha Bijaksana, Maha Mengetahui, Maha Pencipta, dan Maha Pentadbir. Mereka akan berada di dalam kegelapan dan kejahilan sehingga akhir hayat mereka. Kekufuran juga merupakan kezaliman yang paling besar dan jahat

b. Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri.
• Golongan ini menggunakan anggota – anggota tubuh badan mereka dengan cara yang tidak sesuai dengan fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dengan melakukan perbuatan – perbuatan yang dilarang oleh Allah S.W.T.

c. Golongan Ingkar.
• Golongan ingkar ini merupakan manusia yang melengah – lengahkan hak – hak dirinya terhadap Allah S.W.T demi mengejar kepentingan diri mereka sendiri.

d. Golongan Yang Tidak Menunaikan Hak Ibu Bapa.
• Golongan ini tidak menunaikan tanggungjawab mereka sebagai anak terhadap kedua – dua ibu bapa mereka. Hak kepada ibu bapa merupakan hak paling besar bagi manusia di dunia ini.

e. Golongan Yang Membangkang Terhadap Perintah Allah.
• Golongan ini adalah mereka yang tidak beriman kepada Allah S.W.T, enggan mengaku Illahiyah-Nya dan Rabbaniyah-Nya dan membangkang titah perintah-Nya.

f. Golongan Yang Tidak Mengenal Allah.
• Golongan ini tidak akan mendapat ilmu yang benar dan akal mereka akan melalui jalan – jalan yang susah dan berliku dalam segenap bidang kehidupan.

GOLONGAN YANG DI DALAM HATINYA ADA PENYAKIT.
1) Mensyirikkan Allah S.W.T.
• Penyakit hati ini berpunca daripada kesombongan manusia yang enggan mengakui kebesaran dan kemuliaan Allah S.W.T.

2) Melakukan Amalan Yang Berdosa.
• Golongan ini gemar melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah S.W.T.

3) Lalai TerhadapTugas
• Golongan ini lalai terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah S.W.T kepada hamba yang muslim.

4) Meninggalkan keputusan Allah S.W.T dalam kehidupan.
• Golongan ini menganggap segala ketentuan dan ketetapan Allah S.W.T dipandang tidak baik dan tidak diredhai oleh manusia. Mereka merasakan keputusan Allah S.W.T menjatuhkan maruah mereka.

5) Menghina orang yang dimuliakan Allah S.W.T.
• Golongan ini gemar menghina dan memandang kecil orang yang dikasihi dan disokong oleh Allah S.W.T.

6) Tidak merujuk kepada Allah S.W.T.
• Golongan ini tidak merujuk kepada Allah S.W.T segala permasalahan mereka sebaliknya mereka mengambil rujukan yang lain.

7) Mencurigai, syak dan sangsi kepada janji – janji Allah S.W.T.
• Golongan ini curiga, syak, dan sangsi kepada janji – janji dan ingatan – ingatan Allah S.W.T seperti sangsi dan curiga terhadap jaminan syurga oleh Allah S.W.T terhadap orang yang beriman.

GOLONGAN YANG MEMBENCI ISLAM
1) Kerana Islam Bertentangan Dengan Jahilliyah.
• Faktor terbesar yang menyebabkan islam dimusuhi iaitu factor akidah islam yang berlawanan dengan jahilliyah atau kufur. Islam mengajak kepada akidah yang sohih serta reality hidup yang Salimah, Syamilah, dan Kamilah yang mana bertentangan dengan kekufuran.

2) Kerana Islam Memerintahkan Keadilan.
• Berlaku adil adalah salah satu perkara yang amat dituntut di dalam islam. Golongan yang gemar melakukan keburukan menganggap sifat adil ini menyushakan diri mereka kerana menghalang mereka untuk mendapatkan ape yang mereka inginkan.

GOLONGAN YANG HANYA MEMIKIRKAN DUNIA.
1) Hanya Untuk Hidup Semata – Mata.
• Golongan ini hidup hanya untuk dunia semata – mata. Mereka dinamakan golongan Ad-Dahriyyan.

2) Hilang Pedoman.
• Golongan Ini telah hilang pedoman, terumbang – ambing, aqidah bersimpang – siur, melakukan sesuatu dan menyimpang dari jalan Allah S.W.T dalam kehidupan duniawi. Namun mereka masih menyangka mereka membuat kebaikan. Mereka berfahaman kebendaan walaupun kaangkala mereka melakukan kerja berbentuk kerohanian.

GOLONGAN YANG MEREMEHKAN ISLAM
1) Islam Dianggap Menghambat Kemajuan.
• Golongan ini menganggap undang – undang islam tidak lojik dan ketingalan zaman. Mereka menuntut undang – undang tertentu untuk menyelesaikan masalah yang timbul daripada pelaksanaan undang – undang yang lain.

2) Islam Dianggap Menyusahkan.
• Golongan ini melihat pada cara Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan dakwah dan dianggap sebagai menyusahkan kerana bagi mereka terdapat cara yang lain yang lebih senang. Mereka sebenarnya tidak meyakini bahawa setiap tindakan baginda besabit dengan konsep Dakwah Islamiyyah dan cara penyampaian dakwah baginda adalah bimbingan wahyu Allah S.W.T.

GOLONGAN YANG MENGABAIKAN AKHLAK MULIA.
Golongan ini gemar melakukan perilaku – perilaku yang buruk dan bertentangan dengan apa yang dituntut oleh Allah S.W.T. Mereka dikuasai oleh tingkah laku buruk dan menyebabkan hidup mereka porak peranda dan kacau bilau. Kejayaan sesebuah masyarakat bermula daripada pembinaan sistem nilai yang kukuh yang dipengaruhi unsur – unsur kebaikan yang terpancar daripada akidah yang benar.

Justeru, akhlak mempunyai peranan yang penting di dalam kehidupan dan dalam memelihara kemuliaan insan serta keluhurannya.

GOLONGAN YANG MELUPAKAN KEBAHGIAAN DAN KETENANGAN HIDUP.
1) Kehidupan Yang Sempit.
• Golongan ini merupakan golongan yang tidak paham atau kenal Allah S.W.T dan tidak kenal dirinya sendiri. Hatinya sentiasa sempit, tidak lapang, kusut, dan tidak tenang walaupun pada zahirnya mereka Nampak tenang. Mereka menjadi begini kerana hati mereka tidak merasakan bahawa mereka berTuhankan Allah S.W.T. Jadi mereka tiada tempat untuk mengadu apabila mengalami bermacam – macam masalah didalam hidup. Mereka terpaksa bergantung pada diri mereka sendiri sahaja untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

2) Tidak Mengenal Diri Sendiri.
• Golongan – golongan ini merupakan mereka yang tidak merasakan diri mereka hamba kepada Allah S.W.T. Hanya pada lisan sahaja mereka mengakui tetapi tidak pada hati mereka. Maka, akan timbullah sifat sombong, bongkak dan sebagainya. Tiada rasa ketenangan dalam diri mereka walaupun setinggi mana kedudukan mereka.

3) Melupakan Kewajipan.
• Golongan – golongan ini merupakan mereka yang lupa tanggungjawap mereka sesame saudara islam mereka. Mereka hidup dalam keadaan yang serba lengkap dan mewah tetapi mereka tidak mahu tolong – menolong dan bantu – membantu saudara islam mereka yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.

GOLONGAN YANG DERHAKA KEPADA IBU BAPA
Golongan – golongan ini merupakan mereka yang tidak menghormati dan memuliakan kedua ibu bapa mereka. Mereka mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak terhadap ibu bapa mereka. Tidak menghormati ibu bapa merupakan dosa yang paling besar sebagai seorang anak.

SUAMI YANG TIDAK MENJAGA ISTERI DAIPADA API NERAKA.
Golongan – golongan ini merupakan mereka yang tidak membimbing isteri – isteri mereka melakukan perkara – perkara yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T seperti menutup aurat, menjaga kehormatan diri mereka dan suami, tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami, dan sebagainya. Mereka gagal membimbing isteri – isteri merka untuk menghormati diri mereka sebagai seorang suami dan gagal membimbing isteri – isteri mereka untuk mendidik anak mereka menjadi anak – anak yang soleh dan solehah.

ISTERI YANG TIDAK MAHU MENYAYANGI DAN MENGURUS ANAK.
1) Membiarkan Anak.
• Mereka tidak mengasuh dan mendidik anak mereka supaya menjadi anak yang soleh yang tinggi budi pekerti.

2) Mengabaikan Anak.
• Mereka tidak mendampingi anak anak atau member perhatian kepada anak – anak mereka. Ini menyebabkan mereka tidak mengetahui perasaan dan permasalahan anak – anak mereka. Anak – anak mereka akan mencari kawan – kawan rapat mereka untuk meluahkan masalah yang mereka hadapi. Ini tidak salah tetapi jikalau mereka tersalah memilih kawan ini akan menyebabkan mereka terpengaruh ke arah unsur – unsur social yang tidak sihat. Perhatian daripada ibu bapa terhadap anak – anak amat penting pada masa kini.

3) Tidak Berkumpul Dan Beramah Mesra.
• Mereka tidak mahu meluangkan masa bersama – sama anak mereka seperti beriadah bersama – sama untuk mendekati dan mengenali hati budi anak – anak mereka selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

4) Sibuk Bekerja.
• Di dalam islam sebenarya wanita tidak digalakkan bekerja kerana ianya dapat merenggangkan hubungan mesra antara anak dan ibu, begitu juga hubungan antara isteri dan suaminya. Ini berlaku kerana wanita terlalu tumpukan pada kerjaya mereka hingga tanggungjawab mereka sebagai isteri dan ibu terabai.

KESIMPULAN
Seperti apa yang telah kita ketahui, 10 golongan yang tidak akan mendapat syafaat Nabi S.A.W di akhirat kelak merupakan golongan yang derhaka, golongan yang di dalam hatinya ada penyakit, Golongan yang membenci islam, golongan yang hanya memikirkan hal dunia, golongan yang meremehkan islam, golongan yang mengabaikan akhlak mulia, golongan yang melupakan kebahagiaan dan ketenangan hidup, golongan yang derhaka kepada ibu bapa, suami yang tidak menjaga isteri dari neraka, dan isteri yang tidak mahu menyayangi dan mengurus anak.

Justeru, sebagai umat islam wajar bagi kita ingat mengingati akan perkara ini bukan sahaja untuk diri kita sendiri, bahkan sesama saudara seislam kita juga perlu bagi kita mengingatkan mereka agar tidak tergolong didalam golongan – golongan ini.
Loading...
loading...

0 Response to "PENTING: Sepuluh Golongan Manusia Yang Tidak Mendapat Syafaat Nabi Muhammad S.A.W"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close