loading...
TERKINI: 'Hasilkan Tuhan melalui tenaga getaran', Siti Kasim akan dipanggil Jakim.
Jakim akan memanggil Siti Kasim (gambar) untuk mendapatkan keterangan secara terus daripadanya. - Foto: Facebook Siti Kasim
PASIR PUTEH: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil peguam, Siti Zabedah Kasim, atau Siti Kasim bagi mendapatkan penjelasan beliau tentang satu kenyataan yang dipetik olehnya sebelum ini berkenaan asal usul kewujudan Tuhan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata demikian ketika ditanya tindakan yang boleh diambil pihak berkuasa terhadap peguam berkenaan yang menyebut tentang hal berkaitan Tuhan 'yang berkemungkinan diciptakan oleh sesuatu'.
“Kita akan memanggil beliau.
“(Dalam hal) ini ramai yang keliru. Jakim tak ada kuasa untuk menguatkuasa Enakmen Akidah Kuasa Negeri atau mempunyai autoriti berkaitan akidah.
“Apa yang Jakim boleh buat, kita akan panggil dan harap jabatan agama Islam negeri mungkin boleh ambil tindakan. Jakim akan panggil (Siti Kasim). Mungkin dia ini tidak tahu, jadi kita nak tahu apa sebenarnya dari mulut beliau,” ujar Asyraf.
Aktivitis liberal itu dalam satu rancangan temu bual media berbahasa Cina beberapa tahun lalu berkata bahawa beliau berfikir tentang asal-usul kewujudan Tuhan.
Katanya, seseorang telah memaklumkan kepada beliau bahawa Tuhan itu wujud melalui tenaga yang dihasilkan daripada manusia iaitu setiap darinya bergantung sama ada ia mempunyai aura tenaga positif atau negatif.
Siti Kasim seterusnya menyebut sumbernya memberitahu, jika aura tenaga positif yang baik beliau percaya Tuhan yang baik akan dapat dihasilkan, begitu juga sebaliknya.
Menurut Asyraf lagi, kenyataan yang dipetik oleh Siti Kasim itu bercanggah dengan akidah Islam dan bersifat mengelirukan.
Loading...
loading...
0 Response to "TERKINI: 'Hasilkan Tuhan melalui tenaga getaran', Siti Kasim akan dipanggil Jakim."
Post a Comment