TERKINI: (VIDEO)Jepun Lancarkan Jet-Jet Pejuangnya Untuk Memintas Enam Pesawat Pengebom Rusia Yang Terbang Ke Arah Ruang Udaranya Ekoran Perang Mulut Trump Dengan Korea Utara.

loading...

TERKINI: (VIDEO)Jepun Lancarkan Jet-Jet Pejuangnya Untuk Memintas Enam Pesawat Pengebom Rusia Yang Terbang Ke Arah Ruang Udaranya Ekoran Perang Mulut Trump Dengan Korea Utara.


  • Pasukan pertahanan bertindak balas selepas dua orang pengebom strategik telah dilihat hampir Lautan Pasifik
  • Rusia ketika ini melancarkan dua buah jet pejuang ke arah pulau utara Hokkaido
  • Dua pesawat anti kapal selam Russia dihalakan ke laut Jepun 
  • Pegawai Jepun berkata pesawat itu tidak menceroboh ke dalam wilayahnya
Enam pesawat Rusia dilihat menghampiri ruang udara Jepun memaksa jet-jet pejuang Jepun dilepaskan hari ini, berdasarkan laporan di Tokyo.

Pasukan pertahanan Jepun mula bertindak balas selepas dua pesawat pengebom strategik Tu-95 Bear telah dilihat menghampiri Lautan Pasifik.

Tidak lama kemudian dua pesawat pejuang Ilyushin Il-38 dilancarkan ke Hokkaido, iaitu pulau paling utara Jepun, menurut NHK hari ini.


pesawat pejuang Jepun terpaksa bertindak balas apabila pesawat Russia terbang mendekati kawasan taklukan Jepun


sebuah pesawat anti kapal selam tupelov Tu-142 seperti dalam gambar diatas dilancarkan ke lautan Jepun oleh kerajaan Russia



dua pesawat pejuang Ilyushin Il-38 dilancarkan ke Hokkaido, iaitu pulau paling utara Jepun

Hari sama dua pesawat anti kapal selam, Tupolev Tu 142 digunakan oleh Rusia di lautan Jepun. manakala dua pesawat, dipercayai jet pejuang, membuat satu pusingan-U berhampiran Tokyo selepas melintas Lautan Pasifik.

Mereka ketika itu kembali kepada wilayah Rusia, menurut laporan, tentera Jepun berkata lagi pesawat itu tidak menceroboh ke dalam wilayahnya. 

Amaran berjaga-jaga muncul pada waktu ketegangan yang memuncak di rantau ini, selepas Perdana Menteri Jepun menggambarkan satu ujian peluru berpandu Korea Utara sebagai suatu ancaman serius.

Video:






Loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "TERKINI: (VIDEO)Jepun Lancarkan Jet-Jet Pejuangnya Untuk Memintas Enam Pesawat Pengebom Rusia Yang Terbang Ke Arah Ruang Udaranya Ekoran Perang Mulut Trump Dengan Korea Utara."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close