loading...
(Video)Kisah Bagaimana Sonny Bill Williams, Pemain Handalan Kelab Ragbi All Blacks Memeluk Islam!
Jika gadis manis dari Korea Selatan ini mula tertarik dengan Islam sejak di bangku sekolah lagi, ini pula kisah abang 'sado' dari New Zealand yang mendapat hidayah Allah apabila berkenalan dengan sebuah keluarga dari Tunisia yang menetap di Perancis.
Semasa zaman mudanya, Sonny Bill Williams merupakan seorang remaja yang liar. Dia cukup gemar berparti, keluar minum sampai mabuk bersama rakan-rakan hampir setiap hari dan pernah terpalit dengan beberapa skandal dan kontroversi akibat terlalu mabuk.
Kini, Sonny berterima kasih kepada agama Islam yang telah membawanya menuju ke jalan yang lebih diredhai. Dalam satu temuramahnya dengan Daily Mail UK pada pertengahan tahun lepas, Sonny berkata saat dia berasa paling gembira dan bahagia adalah apabila dia sedang menunaikan solat.
Sonny merupakan pemain ragbi All Blacks pertama yang beragama Islam dan telah berjaya memenangi gelaran dunia pada tahun 2011. Sejak memeluk agama Islam pada tahun 2008, dia mengaku yang dia terpaksa membuat beberapa perubahan dalam gaya hidup seharian dan juga ketika meluangkan masa bersama teman sepasukan.
Dia hanya memilih untuk makan daging halal atau makanan laut yang disediakan oleh chef pasukan dan tidak lagi mengambil minuman keras. Selain itu, dia perlu pandai mengatur jadual untuk menunaikan solat setiap hari selain meluangkan masa ke masjid di Christchurch untuk solat Jumaat.
Merungkai kembali kisah bagaimana Sonny memeluk agama Islam, ia bermula semasa Sonny bermain di bawah kelab Toulon di Perancis pada tahun 2008. Di sana, Sonny telah berkenalan dengan sepasang suami isteri bersama lima orang anak yang tinggal dalam sebuah flat satu bilik di selatan Perancis. Sonny amat rapat dengan keluarga tersebut dan perhatikan kehidupan mereka amat gembira dan penuh rasa syukur walaupun serba kekurangan. Keluarga inilah yang menjadi punca Sonny menerima Islam sebagai agama.
Dari situ, Sonny belajar tentang konsep wasatiyyah atau kesederhanaan dalam Islam. Sonny menemui dirinya yang sebenar dan mula memperbaiki segala kekurangan dalam diri. Sebelum ini, Sonny sering berasa tertekan dan marah apabila terjatuhkan bola semasa latihan ragbi. Dia kini telah berubah dan mampu tersenyum kerana mendapat suatu ketenangan dan kegembiraan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Dibesarkan dalam keluarga Kristian seperti orang Polinesia yang lain, Sonny kini faham bahawa Islam itu merupakan satu cara hidup yang lengkap dan bukanlah sejenis agama semata-mata. Semasa zaman 'liar'nya, Sonny sering berkunjung ke kedai tatu untuk mencacah rekaan baru namun Sonny sedar bahawa perbuatan ini sebenarnya mencabul kehormatan dan kesucian Islam. Dia berjanji tidak akan menambah apa-apa tatu lagi kerana selama ini dia sudahpun mendapat leteran panjang daripada kenalan di sekeliling berkenaan tatu di badannya. Walau bagaimanapun, Sonny masih berasa agak khuatir untuk menjalani pembedahan laser bagi membuang tatu-tatu tersebut.
Awal tahun 2017 menyaksikan satu lagi kontroversi melanda Sonny apabila pihak BMW terpaksa menilai semula tawaran kepadanya untuk menjadi duta jenama itu di New Zealand. Ini berpunca daripada desakan dan aduan oleh pihak Yahudi dan LGBT yang mengaitkan hubungan akrab Sonny dengan pendakwah Islam terkemuka iaitu Mufti Ismail Menk dan Erbrahim Bham. Mereka berkata Sonny mempunyai kaitan dengan kumpulan Isis dan tawaran BMW itu boleh mencalarkan imej jenama kereta tersohor tersebut.
Tak mengapalah Sonny. Satu rezeki tertutup, akan terbuka lagi pintu rezeki yang lain. Baru-baru ini juga, Sonny telah tersenarai sebagai salah seorang daripada 500 Muslim berpengaruh dari seluruh dunia. Senarai yang dikeluarkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre di Jordan itu meletakkan Sonny dalam kelompok Muslim berpengaruh lain seperti Raja Arab Saudi dan Imam Besar Masjid Al-Azhar.
Tonton video komen Mufti Ismail Menk berkenaan Sonny Bill Williams:
Loading...
loading...
0 Response to "(Video)Kisah Bagaimana Sonny Bill Williams, Pemain Handalan Kelab Ragbi All Blacks Memeluk Islam!"
Post a Comment