loading...
ALLAHUAKBAR!!! Azab Dunia ALLAH Humban Untuk Kamu! Majoriti Bekas Tentera AS Alami Gangguan Mental...
WASHINGTON: Majoriti tentera Amerika Syarikat (AS) yang dipecat kerana salah laku dalam tempoh empat tahun sehingga 2015, didapati mengalami masalah kesihatan mental seperti gangguan tekanan selepas trauma atau kecederaan otak, menurut satu kajian terbaharu.
Laporan oleh Pejabat Akauntabiliti Kerajaan (GAO) AS berkemungkinan meneliti sama ada tentera bertindak secukupnya menjaga anggotanya yang dikenal pasti mengalami masalah mental sepanjang perkhidmatan mereka berbanding hanya memecat mereka.
Analisis GAO menunjukkan 62 peratus daripada 91, 764 anggota dipecat kerana salah laku pada tahun fiskal 2011 hingga 2015, didapati mengalami masalah kesihatan mental termasuk keadaan lain yang ada kaitan dengan salah laku, dalam masa dua tahun.
Sebanyak 23 peratus anggota dipecat dengan rekod buruk, menjadikan mereka tidak layak mendapat faedah kesihatan daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran. Kumpulan sokongan veteran sudah lama merungut mengenai kekurangan sokongan bagi bekas anggota tentera yang tidak memiliki dokumen pemecatan secara baik, sesuatu yang diumumkan untuk dikenal pasti oleh Setiausaha baharu jabatan itu, David Shulkin. - Reuters
sumber: BHonline
Loading...
loading...
0 Response to "ALLAHUAKBAR!!! Azab Dunia ALLAH Humban Untuk Kamu! Majoriti Bekas Tentera AS Alami Gangguan Mental.."
Post a Comment