loading...
(Foto)Percubaan Menjadi Tuhan PUAK KAFIR! Senarai Eksperimen Manusia(HUMAN EXPERIMENT) Yang Gagal!!!
Manusia adalah makhluk ciptaan ALLAH yang terhebat, namun hebat mana pun kita tetap tidak akan dapat tandingin ALLAH maha kuasa.
Ini antara eksperimen yang manusia buat keatas manusia hidup!
So dia arahkan supaya semua budak-budak kembar ni dikumpulkan. Maka mak bapak mana yang tak cuak beb, sebab diorang tahu yang Dr Mengele ni akan buat eksperimen merapu yang siksa gila, jadi yang mana ada anak kembar tu akan pisahkan salah sorang kembar dengan cara hantar ke tempat lain atau bagi bayi yang baru lahir, salah seorang dari bayi kembar itu akan dibunuh oleh mak bapak sendiri.
Selepas dia dapat budak2 kembar ni, dia tempatkan budak2 ni kat satu rumah atau barrack yang selesa. Dia akan layan sebaiknya. Hari2 budak2 ni akan diberi makanan, tempat tido yang selesa, gula2 dan macam2 supaya budak2 ni percaya dan sayang pada Mengele.
Langkah seterusnya, setelah mendapat kepercayaan dari kanak2 tu semua, dia akan pilih kembar, dan mereka akan dicopkan nombor siri. Sepasang kembar akan disuruh bertelanjang, dan pemeriksaan akan dijalankan untuk melihat persamaan dan perbezaan kembar tersebut. So budak2 ni rmai gila yang trauma dan nangis. Tapi mak bapak tak dibenarkan masuk campur. Budak2 ni akan ditanya tentang sejarah keluarga dan mengenai diri masing2.
Step seterusnya dinamakan “en vivo” di mana budak2 kembar ni akan disuntik dengan bakteria berbahaya atau virus pada anggota badan mereka. Bila anggota badan tu rosak, anggota badan tersebut akan dibuang. Misalnya sepasang kembar, sorang disuntik sebelah kiri, sorang disuntik sebelah kanan. Bila anggota ni dibuang, mereka akan dijahit dan dicantumkan menjadi satu.
Pasangan kembar mempunyai warna mata yang berbeza. Jadi Mengele ni dia pelik apesal warna mata tak serupa. Jadi dia tak puas hati, dia suntik mata budak2 ni dengan pewarna supaya warna anak mata diorang serupa. Dan budak2 ni buta serta merta. Dan ada kes bila dia tak puas hati sepasang kembar yang tak sama langsung, dia akan bunuh terus. Kira2 1500 pasang kembar yang menjalani eksperimen ini, hanya 200 terselamat. Punyalah celaka si Mengele ni.
Tapi orang German ni dia tak tahu, orang Malaysia lagi celaka. Jangan kata kembar, yang tak kembar pon dia sumbat masuk jamban. Dia ingat dia dah cukup lejen la tu, Malaysia lagi lejen dia tak tahu.
5 hari pertama tu smuanya okey takde masalah. Pada hari keenam, pengkaji2 ni cakap kalau diorang mampu bertahan daripada tido selama 15 hari, diorang akan dibiarkan bebas dan tak payah masuk penjara balik.
Pada hari kesembilan, subjek2 kajian dah mula cakap benda2 pelik dan berunsur mistik dan psiko serta mereka berasa paranoia. Para pengkaji pada mulanya ingat ni semua efek daripada gas yang didedahkan kepada subjek kajian. Salah seorang dari subjek kajian mula menjerit2 selama 3 jam tanpa henti dan membuatkan peti suara dia rosak. Subjek2 lain pulak mula berbisik2 kat microphone yang dipasang dalam bilik diorang.
Pada hari ke 14, pengkaji2 ni dah cuak sebab takde dengar bunyi pape dari bilik kajian. So diorang pegi skodeng dan mendapati salah sorang dah mati. Hati , jantung, dan paru2, serta organ dalaman subjek yang mati masih ada, tapi daging2 dari tubuh dia dah tak ada.
Bila hari ke 15 di mana mereka dijanjikan kebebasan tiba, 4 subjek ni meraung2 dan taknak keluar. Sampai salah sorang dari diorang mencabut testikel sendiri, mencakar tekak dan mencederakan diri sendiri untuk membunuh diri.
Long short story, yang survive pon akhirnya ditembak jugak. Sebelum tahanan terakhir ditembak, dia sempat lagi cakap “so...nearly.. free..”
Tapi, tu semua citer dulu. Dulu orang jadi gila sebab tak cukup tido. Sekrang dah lain, orang jadi gila sebab line internet macam haram. Haa.. korang la tu. Aku tak, aku terer.
Pada tahun 1941, Luftwaffe mengelola satu lagi kajian dijalankan untuk mencari cara untuk mencegah dan merawat hipotermia. Terdapat 360-400 eksperimen dan 280 kepada 300 mangsa yang menunjukkan beberapa mangsa mengalami lebih daripada satu eksperimen. Dikatakan lebih separuh daripada mangsa kajian mati sepanjang eksperimen dijalankan. Eksperimen ini dijalankan untuk membantu tentera Nazi mencari jalan untuk menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk sepanjang peperangan di Timur.
Pada September 1942 hingga Disember 1943 eksperimen pemindahan saraf, otot, dan tulang telah dijalankan di kem tahanan Ravensbrück, untuk manfaat Angkatan Bersenjata Jerman. Diorang ni nak kaji pemindahan otot, saraf dan tulang dari seseorang kepada orang lain. Senang citer, kau cabut tulang kaki kau, kau pasang kat kaki member kau. Bahagian tulang, otot, dan saraf telah dikeluarkan daripada subjek sama ada tahanan perang, prisoner atau orang-orang kat hospital gila tanpa menggunakan bius dan dipindahkan kepada tentera mereka yang cedera dan kehilangan anggota. Hasil daripada kajian ni, ramai mangsa mengalami trauma, kecacatan dan hilang upaya kekal.
Dan sebenarnya eksperimen ni dah lama pon dijalankan di Malaysia. Smpai sekarang eksperimen ni masih dijalankan. Slalunya rokyat Malaysia cuma buat pemindahan sperm kepada ovum dan dilakukan sekitar malam merdeka atau malam tahun baru la yang paling ramai skali pengkaji2 ni mencari mangsa kajian. Hasilnya, mangsa mengalami muntah2 dan pembengkakan di bahagian perut selama 9 bulan dan akhirnya lahir lagi generasi baru yang dinamakan sebagai anak haram atau anak luar nikah
Loading...
loading...
0 Response to "(Foto)Percubaan Menjadi Tuhan PUAK KAFIR! Senarai Eksperimen Manusia(HUMAN EXPERIMENT) Yang Gagal!!!"
Post a Comment