GEMPAR!!! Penyelidik Laporkan Esok Bayang Kaabah Akan Hilang Dari Pandangan Pada Waktu Zohor!!!

loading...

GEMPAR!!! Penyelidik Laporkan Esok Bayang Kaabah Akan Hilang Dari Pandangan Pada Waktu Zohor!!!





MAKKAH, 28 Syaaban 1438H, Khamis – Institut Penyelidikan Kebangsaan Astronomi dan Geofizik di Mesir mengumumkan pada hari pertama puasa tahun ini, yang ditetapkan pada Sabtu ini, akan menyaksikan sesuatu yang unik berlaku di Masjidil Haram, khususnya di Kaabah.

Menurut laporan institut itu, pada jam 12.18 tengah hari waktu Makkah iaitu ketika solat Zohor, matahari akan berada lurus dan tegak di atas Kaabah.

Laporan itu juga menyebut, bayang Kaabah pada waktu itu akan hilang. Arah matahari dari semua titik di dunia akan tertumpu tepat ke kiblat iaitu arah di mana umat Islam bersolat menghadap Kaabah.

Institut itu yang melakukan kajian terhadap aktiviti matahari dalam kenyataan di laman Twitternya berkata, sudut ketinggian matahari tatkala solat Zohor ialah 89.93 darjah di atas Kaabah, hanya 0.07 peratus kurang daripada 100 peratus menegak pada 90 darjah.

Fenomena ini berlaku dua kali setahun. Pertama pada 27 Mei dan kedua pada 15 Julai.

Bagaimanapun, apa yang menarik fenomena kali ini ialah ia berlaku bertepatan dengan solat Zohor hari pertama bulan Ramadan.
Loading...
loading...

0 Response to "GEMPAR!!! Penyelidik Laporkan Esok Bayang Kaabah Akan Hilang Dari Pandangan Pada Waktu Zohor!!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close