TERKINI: Hamas Berjaya Tangkap Pembunuh Ketua Brigade Al Qassam!

loading...

TERKINI: Hamas Berjaya Tangkap Pembunuh Ketua Brigade Al Qassam!




GAZA, 15 Syaaban 1438H, Jumaat – Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, semalam mengumumkan pasukan keselamatan pergerakan itu menangkap pembunuh Ketua Brigade Al Qassam, Mazen Fukaha.

“Kami mengumumkan kepada rakyat dan negara bahawa kami telah menangkap pembunuh syuhada, Mazen Fukaha,” katanya pada sidang media di hadapan rumah Fukaha di Tel al-Hawa di Bandar Gaza.

Fukaha adalah pemimpin kanan yang mengetuai sayap ketenteraan Hamas – Brigade Al Qassam – ditembak mati secara misteri pada 24 Mac lalu berhampiran rumahnya.

Haniyeh berkata, pembunuh itu yang melaksanakan arahan rejim Israel kini berada dalam tahanan Hamas dan telah membuat pengakuannya.

Fukaha, yang berasal dari Tubas, di utara Tebing Barat, dipindahkan ke Gaza selepas dibebaskan rejim Israel, berikutan persetujuan pertukaran banduan di antara Hamas dan Tel Aviv pada 2011. – Agensi
Loading...
loading...

0 Response to "TERKINI: Hamas Berjaya Tangkap Pembunuh Ketua Brigade Al Qassam!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close