TERKINI: Israel Sembur Bahan Kimia Toksik Pembunuh Atas Ladang-Ladang Penduduk Palestin

loading...

TERKINI: Israel Sembur Bahan Kimia Toksik Pembunuh Atas Ladang-Ladang Penduduk Palestin





SEMENANJUNG GAZA, 13 Syaaban 1438H, Rabu – Pengusaha pertanian Palestin berdepan kerugian teruk selepas pesawat rejim Israel bertindak menyembur bahan kimia toksik dan racun perosak berbahaya di atas tanah ladang mereka di Semenanjung Gaza.

Sumber tempatan berkata, beberapa kawasan terjejas di antara bandar Jalur Gaza selatan di Khan Yunis dan bandar Jalur Gaza Pusat di Dayr al-Balah.

Katanya, rejim Israel turut mengancam untuk melepaskan tembakan ke kawasan penternakan dan petani sekiranya mereka mendekati kawasan lain.

Seorang petani Palestin berkata, beberapa hasil tanamannya seperti tembikai, bendi dan gandum yang berada berhampiran dengan pusat pemeriksaan Israel telah disembur dengan racun perosak dan racun rumpai.

Katanya, racun rumpai itu digunakan oleh Israel untuk merosakkan tumbuhan liar di sekitar pagar keselamatan, yang biasanya disembur berpuluh meter jaraknya dari ladang tanaman mereka.

Namun, beliau yakin rejim itu sengaja menyasarkan kawasan tanamannya sehingga menyebabkan segala hasil terjejas dan rosak.

Petani Palestin kini berusaha untuk memenuhi permintaan yang tinggi kepada 1.8 juta penduduk Gaza yang dikawal oleh rejim itu. Mereka berdepan dengan pelbagai cabaran disebabkan oleh kekurangan peralatan pertanian dan racun perosak yang diluluskan.

Disebabkan oleh penurunan dalam pengeluaran dan larangan Israel ke atas kemasukan komoditi asas, petani Gaza terpaksa menggunakan bahan-bahan kimia yang diharamkan, bagi memaksimum hasil tanaman.

Ia sekaligus akan menimbulkan bahaya terhadap kesihatan petani dan juga pengguna.- Agensi
Loading...
loading...

0 Response to "TERKINI: Israel Sembur Bahan Kimia Toksik Pembunuh Atas Ladang-Ladang Penduduk Palestin"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close