loading...
(Video)TERKINI: Anak Osama bin Laden Ikrar Mahu Balas Dendam Dan Bantai Amerika Sampai Hancur!!!
ISLAMABAD, 19 Syaaban 1438H, Selasa – Barat, khususnya Amerika Syarikat (AS) diberi amaran bahawa anak lelaki Osama bin Laden telah berikrar akan membalas dendam terhadap pihak yang membunuh bapanya.
Amaran itu diberikan bekas ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang turut memaklumkan bahawa Hamza bin Laden kini sedang dilatih untuk menjadi pemimpin tertinggi al-Qaeda.
Ali Soufan, yang mengetuai siasatan FBI terhadap al-Qaeda selepas serangan pada 11 September 2001 (9/11) terhadap Pusat Dagangan (WTC) di New York, telah meneliti dokumen yang dirampas dari rumah Osama di Pakistan ketika dia ditembak mati pasukan khas tentera laut AS pada 2011.
“Jihad di jalan Allah adalah apa yang kita mahu,” tulis Hamza yang kini dikatakan berusia 28 tahun.
Osama sebelum ini berharap Hamza akan menggantikannya memimpin al-Qaeda.
Soufan memberitahu CBS News mengenai surat Hamza kepada bapanya, yang tidak ditemuinya beberapa tahun.
Hamza berusia 22 tahun ketika menulis surat itu dan kepimpinnnya diiktiraf sejak dia masih remaja. Ketika kanak-kanak, Hamza muncul dalam video propaganda sambil memegang senjata api, kata bekas ejen FBI itu.
“Dalam mesej terbarunya, Hamza menyampaikan ucapan yang kelihatan seolah-olah Osama yang berucap, dengan menggunakan ayat serta istilah yang kerap digunakan Osama,” katanya.
Hamza merekodkan empat pesanan suara sejak dua tahun lalu menyeru supaya serangan dilakukan terhadap pihak Barat.
“Dia sentiasa menyebut – Rakyat Amerika, kami datang dan anda dapat merasainya. Dan, kami akan membalas dendam terhadap apa yang anda lakukan terhadap bapa saya… Iraq… Afghanistan…segala-galanya adalah dendam,” kata Soufan.
Pada Januari lalu, Hamza dikategorikan sebagai pengganas antarabangsa dan disenaraihitamkan oleh antikeganasan AS.
Dalam ucapan 21 minit bertajuk ‘Kami semua Osama’, Hamza turut mengugut untuk membalas dendam terhadap pembunuhan bapanya oleh AS, selain berjanji akan meneruskan perjuangan kumpulan itu.
Enam tahun selepas Osama dibunuh, Soufan berkata, al-Qaeda lebih kuat daripada sebelumnya. – Agensi
Video:
Loading...
loading...
0 Response to "(Video)TERKINI: Anak Osama bin Laden Ikrar Mahu Balas Dendam Dan Bantai Amerika Sampai Hancur!!!"
Post a Comment