(Video)TERKINI: Iran Akan Bantai Seluruh Kawasan Arab Saudi Kecuali "MAKKAH" Dan "MADINAH"

loading...

(Video)TERKINI: Iran Akan Bantai Seluruh Kawasan Arab Saudi Kecuali "MAKKAH" Dan "MADINAH"




DUBAI: Iran mengumumkan akan bertindak balas dan menyerang Arab Saudi kecuali kota suci umat Islam, jika Riyadh melakukan sesuatu yang 'tidak masuk akal'. 

Menteri Pertahanan Iran, Hossein Dehghan, berkata demikian susulan ancaman Putera Arab Saudi untuk mengalih 'medan peperangan' ke Iran. 

MENTERI Pertahanan Iran, Hossein Dehghan. - Foto AFP "Jika Arab Saudi melakukan sesuatu yang tidak masuk akal, kami tidak akan melepaskan mana-mana kawasan kecuali Makkah dan Madinah. 


"Mereka fikir mereka boleh melakukan sesuatu hanya kerana mereka memiliki tentera udara," kata Hossein, yang dipetik agensi berita Tasnim. Hossein juga merujuk serangan berterusan oleh kapal perang Arab Saudi terhadap sekutu Iran di Yaman, iaitu pasukan Houthi yang menguasai Sanaa. 

Beliau berkata demikian ketika ditemubual stesen Al-Manar TV, mengenai kenyataan Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman, Selasa lalu, mengenai persaingan pengaruh antara Islam Sunnah dan Syiah. 


Ketika ini, Arab Saudi dan Iran bersaing untuk mengembangkan pengaruh masing-masing di Asia Barat, selain menyokong kumpulan berlawanan dalam perang di Syria. Pada masa sama, Iran menafikan tuduhan Arab Saudi bahawa negara itu menghantar bantuan kewangan dan senjata kepada kumpulan yang memusuhi Riyadh di seluruh dunia. 

Video:





Sumber: Berita Harian
Loading...
loading...

0 Response to "(Video)TERKINI: Iran Akan Bantai Seluruh Kawasan Arab Saudi Kecuali "MAKKAH" Dan "MADINAH""

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close