loading...
Seringkali di kaca TV kita menyaksikan adegan ibu mengandung secara tiba-tiba merasakan sakit bersalin sebagai "ending" telemovie-telemovie hari raya... Walaubagaimanapun, proses bersalin bukanlah semudah yang anda saksikan seperti di dalam TV! Berikut kami kongsikan tiga item yang wajib dibawa bersama ibu-ibu mengandung yang bercadang untuk pulang berhari raya di kampung.
1. "Buku pink"
Rekod kesihatan ibu atau lebih mesra dikenali sebagai "buku pink" umpama "kad pengenalan" bagi seorang ibu mengandung. Di dalamnya terkandung pelbagai maklumat penting untuk rujukan pihak hospital. Pastikan anda sentiasa bawa buku pink bersama anda ke mana jua anda pergi supaya sekiranya tiba-tiba anda memerlukan rawatan di hospital-hospital berhampiran, semua urusan anda akan menjadi lebih mudah dan lancar.
2. Pakaian bayi dan keperluannya.
Walaupun kandungan anda baru berusia 30 minggu, bawa sepersalinan pakaian bayi dan keperluannya untuk pulang berhari raya pada tahun ini. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti kontraksi pra-matang yang berakhir dengan kelahiran, setidak-tidaknya anda tidak perlu kelam kabut memikirkan pakaian dan keperluan bayi lagi.
3. Ubat-ubatan.
Bawa stok ubatan yang lebih sedikit apabila anda pulang ke kampung. Sekiranya anda menghidap asma, bawa kedua pam pencegah dan pam pelega bersama anda. Walaupun kali terakhir anda mendapat serangan asma adalah beberapa tahun yang lalu! Malang tidak berbau, bimbang perjalanan yang lama dan tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas boleh menjadi "trigger" kepada serangan asma. Setidak-tidaknya anda punyai pam pelega untuk meringankan simptom anda sementara ingin sampai ke destinasi yang dituju.
Loading...
loading...
0 Response to "3 Item Penting Yang Ibu Mengandung Wajib Bawa Balik Kampung Ketika Pulang Berhari Raya!"
Post a Comment