Kenali Siapa Sebenarnya WSJ

loading...

Ketika ini, kecoh mengenai laporan Wall Street Journal(WSJ) yang mendakwa bahawa dana sebanyak RM2.6 billion dimasukkan ke dalam akaun peribadi, Datuk Seri Najib Razak.

Jarang sekali akhbar luar negara dibincang begini hebat terutama oleh orang-orang yang tidak membaca akhbar ini. Jadi, mari kenali WSJ ini.
  • Akhbar harian antarabangsa yang berpangkalan di New York
  • WSJ dimiliki oleh Dow Jones & Company- syarikat penerbitan terbesar di Amerika Syakikat
  • Berita tertumpu kepada berita perniagaan dan ekonomi
  • Menurut Alliance for Audited Media, The Journal merupakan akhbar terlaris di Amerika Syarikat
  • Selain Amerika, The Journal mempunyai akhbar untuk pasaran Eropah dan Asia.
The Wall Street Journal Asia
  • Menyediakan berita dan analisis perkembangan perniagaan global untuk pembaca asia.
  • Ditubuhkan pada tahun 1976, ia dicetak di 9 bandaraya asia; Bangkok, Hong Kong, Jakarta, Kuala Lumpur, Manila, Seoul, Singapura, Taipei, dan Tokyo.

WSJ versi Asia
  • Berkembang di Asia setelah majalah Far Eastern Economic Review(FERR) memberhentikan penerbitan pada tahun 2009.
  • Berbanding FERR yang lebih cenderung kepada pelabur-pelabur British, WSJA lebih tertumpu kepada pasaran di Wall Street, Amerika.
Peranan WSJ adalah sama dengan media-media lain yang menpunyai kepentingan dan penyampaian yang berbeza-beza. Seperti namanya "Wall Street", sebatang jalan di New York yang menempatkan Bursa Saham Amerika, NASDAQ , New York Mercantile Exchange, setiap berita dan laporan ada kepentingan buat pelabur-pelabur di Wall Street. Apakah impak mengenai berita Najib Razak ini buat pelabur-pelabur di Wall Street? Sama-sama lah kita nantikan.


Loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Kenali Siapa Sebenarnya WSJ"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close