loading...
![]() |
| Sumber Inspirasi |
1. Tukar Duit Raya anda dalam matawang Zimbabwe
Mahukah anda duit raya sebanyak ini?
Disebabkan ramai dari peminta duit raya ini adalah dari golongan kanak-kanak yang tidak mengenal erti kadar tukaran matawang asing, maka sudah tentunya mereka akan melompat kegirangan apabila mendapar wang bernilai berjuta-juta di dalam sampul raya mereka.
Secara halusnya, cara ini juga dapat mengajar mereka untuk lebih bijak memilih pemimpin apabila mereka dewasa kelak untuk mengelakkan Negara kita menjadi semuflis Zimbabwe.
2. Download bunyi ringtone mercun
Tanpa mercun hilanglah seri suasana hari raya. Namun harga mercun yang meningkat ditambah pula langkah tegas KPDNKK merampas kesemua barang haram ini telah meningkatkan permintaan sejurus meningkatkan harga mercun.
Sudah tentunya anda tidak ingin membakar lubang di dalam poket anda, maka sudah memadailah jika anda memuat turun bunyi mercun sahaja ke dalam henset anda.
Masalahnya, disebabkan topup anda dikenakan cukai GST, maka lebih baik anda memuat turun ringtone tersebut di kawasan yang mempunyai liputan WiFi.
3. Pura-pura sakit jika pulang beraya di rumah mertua anda
Sememangnya beraya di rumah mertua merupakan satu nightmare bagi mana-mana manusia harafiah.
Oleh itu, cara terbaik untuk mengelakkan semua malapetaka ini adalah dengan berpura-pura anda telah dijangkiti wabak yang mudah berjangkit seperti demam kepialu dan terpaksa berkurung di dalam bilik sepanjang musim raya.
Jika ada orang bertanya bagaimana anda mendapat jangkitan seperti tuberculosis, malaria ataupun Ebola tersebut, jawab sahaja kilang anda kini mengambil banyak pekerja Bangladesh yang tidak disaring tahap kesihatan mereka.
4. Tanam sendiri buluh lemang anda
Sebelum
anda balik beraya di kampung, lebih baiknya anda mengambil sedikit masa untuk
menanam sendiri buluh untuk dibuat lemang pada hari raya nanti.
![]() |
| Bila la agaknya lemang ni nak masak? |
Buluh merupakan tumbuhan yang hidup meliar, dan seperti anda, keliaran buluh itu mampu mengurangkan beban membeli buluh untuk dibuat lemang nanti.
Selain dari
menyahut seruan Kementerian Asas Tani, buluh mempunyai kelebihan menyimpan air
yang mana boleh digunakan di kawasan-kawasan tertentu di Selangor yang sentiasa menghadapi
krisis air.
5. Ganti biskut raya dengan ulam-ulaman
Sempena tahun melawat Malaysia, adalah berfaedah jika kita menggunakan
kesempatan hari raya ini untuk menunjukkan kepada tetamu terutamanya tetamu asing
akan kepelbagaian bio di Negara kita dengan menghiasi meja-meja di hari raya
ini dengan ulam-ulaman dan alam flora yang terdapat di negara kita ini.
Di
samping menjana warga yang sihat berbanding biskut raya yang diketahui berkolestrol
tinggi, anda tidak perlu bimbang akan menjadi boroi dan mempunyai masalah
mengikat tali kasut sendiri.
6. Buat-buat hilang ingatan
Sudah
tentunya family anda akan mula bertanyakan bila anda akan pergi melawat sanak
saudara pada hari raya nanti.
Mak Lang, Pak Ngah, Mak Usu Cendot akan mula
menelefon untuk bertanyakan khabar anda dan menyatakan harapan untuk bertemu
anda di hari raya ini, namun harga bahan api yang baru meningkat menyebabkan
kos untuk melawat mereka juga meningkat. Maka memadailah anda buat-buat hilang
ingatan selepas jatuh di atas tangga rumah anda pada pagi hari raya.
Sudah
tentunya selepas itu anda mampu memberi alasan tidak berkesempatan untuk
melawat kerana sudah lupa akan jalan untuk ke rumah mereka.
7. Buang TV jauh-jauh
Di samping
menjimatkan elektrik, anda juga dapat mengelakkan minda anda menjadi terencat
akibat menonton drama ataupun telefilem merapu hari raya.
Anda akan dapati
bahawa banyak benda yang boleh dilakukan dengan tidak menonton TV di hari raya,
seperti berborak panjang dengan kedua ibubapa anda ataupun lepak dengan jiran
tetangga korang yang korang dah lupa nama tu.
Ye la kan, balik kampong mahal-mahal
setahun sekali semata-mata nak bergolek depan TV buat ape der. Baik beraya kat KL
ngan Bangla je brader.
Loading...
loading...




0 Response to "7 cara genius jimat balik kampung ala-ala pakar kewangan"
Post a Comment