DR ZAKIR NAIK: Jawapan Terbaik Isu Pemakaian Ketat Lekat Kulit Macam Ahli Gymnast!!!

loading...




  1. Isu yang hampir sama dengan ini pernah dimainkan oleh pihak media di India beberapa tahun yang lalu apabila seorang ahli sukannya yang merupakan seorang muslimah berpakaian menjolok mata. Sama seperti di sini, pelbagai pihak termasuk agamawan dan ahli politik mula memberi riaksi yang pelbagai termasuk kritikan dan sokongan. 

  2. Apabila diajukan soalan ini kepada Zakir Naik, beliau memulakan jawapannya dengan teknik “turn the table” kepada pihak media. Beliau bertanya, “mengapa ajukan soalan ini kepada ulamak islam?”. Padahal kebanyakan ahli sukan wanita yang berpakaian menjolok mata merupakan dari agama lain. Muslimah hanya minoriti.


  3. Beliau menerangkan tentang usaha pihak media pro-islamophobe untuk memburukan nama Islam dengan cuba membuat gambaran “ out of propotion”. Kita dapat lihat, perkara yang sama berlaku di negara kita terutamanya melalui media-media seperti Malaysiakini dan TMI. Beliau turut manasihati umat Islam untuk berhikmah dalam menyampaikan kebenaran agama ini sebagaimana dinyatakan dalam Al Quran 16:125




     


  1. Zakir Naik turut mencabar pihak media untuk mengajukan soalan yang sama kepada Pope/ Bishop. Beliau menerangkan tentang pendirian Bible tentang isu ini sepertiman yang dinyatakan dalam Book of 1st Timoty 2:9, “Demikian juga hendaknya perempuan, hendaklah ia berdandan dengan pantas, dengan SOPAN dan sederhana, rambutnya jangan berkepang-kepang, jangan memakai emas atau mutiara ataupun pakaian yang mahal-mahal” 


  2. Lihat bagaimana pemakaian biarawati, lihat bagaimana gambar “Mother Mary”, pemakaian mereka sama sebagai muslimah. Tanyakan soalan ini kepada Pope, apa pandangan beliau jika biarawati mengenakan pakaian menjolok mata seperti itu dan bersukan dikhalayak ramai? Bagi kami umat Islam, semua wanita kami sama pangkatnya seperti biarawati.




       

  3. Ada dikalangan ahli politik muslim meminta ulamak islam untuk tutup mulut atas alasan, ulamak islam tidak faham sukan. Jawapan saya untuk mereka, jika mereka tidak faham islam, mereka yang patut tutup mulut mereka.


  4. Ada ahli politik Hindu yang mengatakan, ahli sukan ini merupakan kebanggaan negara kita. Sesiapa yang mengkritik ahli sukan ini, mereka merupakan orang yang tidak petriotik. Saya mengatakan, sesiapa yang menyokong pemakaian ahli sukan ini, sedang membelot dari ajaran kitab Vedas. Sila rujuk Rigveda, book 10, Hymn 85, V 30, “Apabila Brahma menjadikan kamu seorang wanita, kamu perlu tundukan pandangan kamu dan kamu patut melitupi kepala-mu dengan tudung”


  5. Ada seorang lagi ahli politik mengatakan bahawa in adalah sukan antarabangsa. Ahli politik ini mengatakan kita perlu mengikuti “kod pemakaian” antarabangsa supaya prestasi mereka maksimum. Bagi saya, majoriti ahli politik sama sahaja tanpa kira agama. Bak kata pepatah “ Birds of a feather flock together”. Jawapan saya, baiklah, saya setuju. Sekarang, kamu setuju atau tidak jika saya katakan untuk sukan renang, makin kurang pemakaian kamu, semakin tinggi prestasi kamu? Jadi kamu setuju atau tidak jika saya mencadangkan ahli sukan kita untuk tidak berpakaian ketika berenang? Mengaa tidak? Jawapan kamu kerana ianya tidak bermaruah. Maka ketahuilah, standard maruah untuk umat islam, Allah letakan lebih tinggi dari kamu. Apa yang bermaruah untuk kamu, tidak bermaruah untuk kami.


     


  1. Dr Zakir Naik seterusnya menerangkan tentang perbezaan antara iman dan kufur di dalam islam bukanlah pemakaian. Apa yang lebih utama selepas Syahadah adalah solat. Pemakaian ahli sukan berkenaan memang ditegah oleh islam. Tetapi kita perlu adil, ramai lagi ahli sukan muslim yang bersukan mewakili negara tetapi meninggalkan solat disepanjang sesi latihan. Kesalahan ini lebih besar. Ramai pelakon- pelakon kita melakukan syirik didalam lakonan mereka. Ini hebih besar dosanya. Tidak perlu diperhebohkan kesalahan ahli sukan ini, insyaAllah dia akan mendapat hidayah Allah satu hari nanti dan mungkin di sisi Allah dia jauh lagi baik dari kita.




Rujukan: https://www.youtube.com/watch?v=gHDHQez80xo 
Loading...
loading...

Related Posts :

2 Responses to "DR ZAKIR NAIK: Jawapan Terbaik Isu Pemakaian Ketat Lekat Kulit Macam Ahli Gymnast!!!"

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close