7 Peristiwa Ini Mungkin Bukti Manusia Boleh Mengembara Ke Masa Depan/Lepas

loading...


1.HOTEL YANG HILANG.

                        

                    
Satu kes pada oktober 1979 dimana sepasang suami isteri, Simpsons dan Gisbys mengembara dengan menaiki kereta dari Perancis ke Sepanyol. Mereka telah bermalam di sebuah hotel lama semasa perjalanan pergi dan mahu singgah bermalam di hotel yang sama apabila dalam perjalanan pulang ke Perancis tetapi tidak menjumpai hotel tersebut. Misterinya, gambar-gambar yang diambil semasa mereka bermalam di hotel tersebut telah hilang dari gulungan filem gambar apabila telah di cuci. Pelikkan?

2. KEJADIAN MOBERLY-JOURDAIN
              

Pada tahun 1901, dua orang wanita bernama Charlotte Anne Moberly dan Eleanor Jourdain;yang mana mereka adalah Pengetua dan timbalan pengetua di St Hugh’s College, Oxford dilaporkan secara tidak sengaja berada di masa silam pada zaman Berlakunya revolusi Perancis. Kejadian berlaku semasa mereka berdua melawat ke sebuah villa kecil di Versailles, tiba-tiba mereka berada di zaman revolusi Perancis dimana mereka berjumpa dengan Marie Antoinette dan beberapa orang di zaman tersebut. Ini adalah salah satu bukti terawal kewujudan pengembaraan merentas masa.

3. SWISS WATCH DI KUBUR BERUSIA 400 TAHUN DI CHINA
             

Pada disember 2008, ahli arkeologi China secara tidak sengaja mengeluarkan keranda besar yang dipercayai tidak diusik selama 400 tahun dahulu di kubur Si Qing di Bandar Shangsi. Semasa mereka membersihkan tanah disekeliling keranda, mereka terkejut kerana menjumpai sebentuk jam kecil berjenama Swiss yang menunjukkan masa jam 10:06. Jadi, bagaimana jam moden itu berada di keranda yang berusia 400 tahun?
          


4. WANITA BERTELEFON BIMBIT DALAM MOVIE CHARLIE CHAPLIN.


Di dalam cerita ini, kelihatan seorang wanita sedang bercakap menggunakan telefon bimbit di mana pada tahun 1928, masih belum wujud telefon bimbit. Menarikkan?
        

5. KES KOTAK CD PADA LUKISAN.


            
Dalam sebuah lukisan yang dilukis pada 1800 , kelihatan seorang lelaki memegang sesuatu yang kelihatan seperti bekas simpanan CD yang moden. Yang menjadi misteri, pada tahun 1800 masih belum ada bekas plastic seperti itu dan sudah pastinya CD hanya mula digunakan pada tahun 1980-an. 

6. MANGSA LANGGAR LARI DARI ZAMAN SILAM
            


Pada Jun 1950 , seorang lelaki berusia awal 30-an bernama Rudolph Fentz memakai pakaian dari abad ke 19 telah dilanggar dan terbunuh dalam kejadian langgar lari di New York City;s Time Square. Siasatan lanjut oleh polis (NYPD) menunjukkan lelaki tersebut telah hilang tanpa meninggalkan sebarang jejak pada tahun 1876 pada umur 29 tahun. Barang milik peribadi yang dijumpai pada mangsa adalah ‘cooper token’ dari pembelian beer, bil menjaga kuda dan membasuh kereta kuda, surat bertarikh 1876, 70 dollar dank ad nama bisnes. Tanpa berlaku penuaan pada mangsa telah menunjukkan beliau mengembara dari tahun 1876 ke tahun 1950.
                

                            Rudolph Fentz, Senior


7. PENGEMBARA MASA HIPSTER


Gambar pada tahun 1941 semasa pembukaan semula South Fork Bridge di Gold Bridge, Canada, secara tidak sengaja menunjukkan seorang pengembara masa. Dikatakan pakaian, logo pakaian dan cermin mata yang dipakai dan kamera mudah alih yang dipegang oleh lelaki tersebut bukan barangan dari tahun 1940-an. Beliau dikenali sebagai Pengembara masa Hipster.

Sama ada logic atau tidak kesemua cerita-cerita ini, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Tetapi, kalau kita renung-renungkan sabda Rasulullah S.A.W :

“Rebutlah peluang lima sebelum lima; masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa miskin. Masa hidup sebelum tiba mati.”

Jelas menyatakan bahawa seseorang hamba Allah tidak akan dapat mengembalikan waktu-waktu yang telah lepas. Setiap waktu dan saat yang dianugerahkan Allah untuk dilaluinya adalah amat berharga. Wallahu’alam.

Loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "7 Peristiwa Ini Mungkin Bukti Manusia Boleh Mengembara Ke Masa Depan/Lepas"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close