loading...
Tambah Cheese meneruskan liputan kami tentang derita doktor-doktor muda yang dibebani dengan waktu kerja yang menggila. Kali ini seorang doktor muda menghubungi kami untuk berkongsi ceritanya.
Insiden berlaku keatas seorang pegawai perubatan HUSM Dr Shee ( bukan nama sebenar) pada Oktober 2009 dimana beliau baru sahaja habis oncall di jabatan A&E di HUSM. Kemalangan berlaku di jarak hanya 1km dari HUSM. Beliau terlelap dan kereta Honda accord yang dipandunya telah terbabas dan melanggar timbunan batu kerikil yang berada di seberang jalan. Mengikut kenyataan dari beliau, sekiranya tiada timbunan batu kerikil di situ, kereta yang dipandunya pasti akan jatuh ke dalam longkang besar yang terletak sekaki dari timbunan batu kerikil tersebut. akibat kemalangan tersebut, beliau mengalami cedera ringan dan mengalami sakit-sakit dan luka kecil di beberapa anggota badannya akibat dari kemalangan tersebut. Kos membaiki kereta yang dipandunya itu mencecah rm15k. Beliau amat bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan yang teruk.
Jika anda seorang doktor dan mahu berkongsi cerita anda , hubungi kami di inbox page Tambah Cheese. Kami akan bongkar satu satu cerita cerita sebegini sampai Kementerian Kesihatan angkat kening dan sedar pada kepincangan sistem mereka. Tiada lagi alasan doktor tidak cukup, maka doktor yang ada mesti kerja lebih. Doktor kita sudah CUKUP di semenangjung, malah berlambak lagi graduan perubatan masih menunggu ditempatkan di Hospital besar untuk menjalani latihan.
Derita ini kita hentikan di sini. #kkmjanganbunuhdoktorkami.
Loading...
loading...
0 Response to "Satu Lagi Kisah Doktor Kemalangan Kerana Terlelap Selepas 30 Jam Bekerja."
Post a Comment