loading...
2. Al Qur'an mengandungi 114 surah dan 6236 ayat. Secara kasarnya, ayat dan surah ini boleh dibahagikan kepada 2, sama ada turun di zaman Makkah (sebelum hijrah), atau Madinah (selepas hijrah). Tetapi susunan surah-surah dalam Al Qur'an tidak berdasarkan tempat turunnya. Susunanya jugak tidak berdasarkan kronologi mahupon saiz. Jika ia menuruti kronologi, sepatutnya ayat pertama adalah Iqra’ dan bukan surah Al Fatihah. Jika ia berdasarkan size, maka surah pertama sepatutnya Al Baqarah. Ianya juga bukan disusun berdasarkan bab seperti tauhid, sirah dan akhlaq.
3. Jadi apakah bentuk atau kaedah susunan Al Qur'an? Adakah ianya sekadar susunan rambang? Tidak! Kita yakini bahawa apa-apa yang datang dari Allah, maka ia datang dengan hikmah dan bijaksana. Maka apakah disiplin penyusunan Al Qur'an? Disiplin penyusunan Al Qur'an jauh lebih kompleks dan menarik dari apa yang kita dapat fikirkan. Disini ingin saya kongsikan beberapa susunan menarik di dalam Al Qur'an.
A) Surah Ar Rahman (surah ke 55) VS Surah Al Waqi’ah (surah ke 56).
Topik-topik yang dibincangkan mengikut susunan:
Ar Rahman | Al Waqi’ah |
Kehebatan Al Quran | Golongan elit di Syurga |
Nikmat-nikmat kurniaan Allah | Ahli Syurga |
Hari perhitungan dan Neraka | Hari perhitungan dan Neraka |
Keadaan Syurga | Nikmat-nikmat kurniaan Allah |
Keadaan Syurga elit | Kehebatan Al Qur’an |
Ha!! Ingat tak Al Quran ini di sampaikan dalam bentuk bacaan dan bukan tulisan? Mana mungkin manusia mampu membuat susunan terbalik sebegini tanpa sebarang catatan? Jom kita lihat contoh seterusnya.
B) Surah Al Isra’ (surah ke 17) VS Surah Al Kahf.
I. Antara amalan zikir harian yang diajarkan oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ialah "Subhanallah, Walhamdulillah, Wa Lailaha illallah, Wallahu Akbar”.
- Surah Al Isra’: Subhanallah (Ayat pertama)[1] Allahu Akbar (Ayat Akhir)[4]
- Surah Al Kahf: Alhamdulillah (Ayat pertama)[2] Lailaha illallah ( Ayat Akhir)[3]
- Surah Al Isra’ Ayat 1- Malaikat membawa nabi bertemu Allah (Isra’ Mikhraj) untuk menerima wahyu.
- Surah Al Kahf Ayat 1- Malaikat datang membawa wahyu dari Allah kepada Nabi.
III. Di pertengahan kedua-dua surah ini, Allah menceritakan peristiwa Allah memerintahkan malaikat sujud kepada Adam maka Iblis enggan, tetapi penghujung ayat ini berbeza pada kedua-dua surah:
- Surah Al Isra’: Perlukah aku (iblis) sujud pada sesuatu yang engkau ciptakan dari Tanah (Iblis menganggap api lebih mulia dari tanah )? Umum mengetahui sebab penolakan orang yahudi terhadap kenabian Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ialah kerana beliau merupakan seorang dari keturunan Arab dan orang yahudi menganggap Bani Israil lebih mulia dari Arab,
- Surah Al Kahf: Sesungguhnya dia (iblis) dari kalangan Jin. Umum mengetahui bahawa orang nasrani menganggap bahawa iblis adalah dari malaikat “the fallen angel”
IV. Di kesudahan kedua-dua surah ini Allah menceritakan tentang syirik. Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dengan sesuatu. Perbuatan syirik boleh berlaku dengan dua cara, sama ada kita membawa makhluk ke tahap Allah atau kita merendahkan Allah ketahap makhluk.
- Surah Al Isra’ ayat 111, Allah menyeru kita agar menafikan bahawa Allah mempunyai anak dan jangan menghina (merendahkan) Allah. Kita mengetahui sebagaimana tercatat dalam Surah At Taubah ayat 30 bahawa sebahagian orang yahudi menganggap Uzair anak Allah dan mereka juga menghina Allah dalam banyak keadaan antaranya bila mereka menyeru nabi Musa dan Allah utuk pergi berperang dan mereka hanya akan menunggu sampai tiba kemenangan sebagaimana yang tercatat dalam surah Taha ayat 24.
- Surah Alkahf ayat 110, Allah menyeru Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam agar menyampaikan kepada kita bahawa dia hanya seorang manusia biasa yang menerima wahyu agar kita tidak mengulangi kesilapan aqidah Nasrani yang menganggap Isa sebagai anak Allah.
Loading...
loading...
0 Response to "Bila Allah Menyusun (Keajaiban Al Qur’an siri2)"
Post a Comment