Jack Ma: Kalau anda masih miskin pada umur 35 tahun, memang padan muka anda! Ini Kenapa Dia Berkata Begitu .

loading...
Kau miskin sebab kau tak bercita-cita.

Sekarang Jack Ma mampu tersenyum, anda bila lagi?

Jack Ma: Sebelum saya menubuhkan AliBaba, saya menjemput 24 orang kawan ke rumah untuk membincangkan sebuah peluang perniagaan. Selepas perbincangan yang sarat selama dua jam, mereka masih keliru – sejujurnya mungkin kerana saya tidak menerangkan semuanya secara jelas pada waktu itu. Keputusannya: 23 dari 24 orang menasihati saya supaya melupakan idea saya atas pelbagai sebab, antaranya: “kau tak tau apa-apa tentang internet, dan paling utamanya, kau tak ada modal permulaan untuk sekian dan sekian.”

Jack Ma membentangkan ideanya pada awal pembentukan AliBaba.

Cuma ada seorang sahabat (dia berkerja di bank pada waktu itu) yang bercakap: “Kalau kau mahu, cuba sajalah. Kalau benda tak jadi macam yang kau jangkakan, kau boleh kembali buat apa yang kau buat sebelum ni.” Sepanjang malam saya berfikir tentang ini, dan keesokan paginya saya bernekad yang saya akan melaksanakan idea saya juga, walaupun 24 orang itu menentang idea tadi.


Awal permulaan saya menubuhkan Alibaba, saya terus sahaja mendapat tentangan dari sahabat handai dan keluarga. Bila difikirkan kembali saya tersedar, saya tidak didorong oleh rasa keyakinan saya pada internet dan potensi yang ada padanya, tapi lebih kepada begini: “Tak kira apa saja yang kau buat, gagal mahupun berjaya, pengalaman itu sendiri merupakan sebuah kejayaan.” Kau perlu sentiasa mencuba, dan kalau tak menjadi, kau boleh saja kembali kepada apa yang kau buat sebelum ini.

Seperti yang dikatakan oleh T.E Lawrence – “Manusia bermimpi, namun tidak semua sama. Yang bermimpi dalam gelita malam hari bangkit pada siangnya menyedari segalanya cuma kesia-sian. Akan tetapi sang pemimpi di siang hari adalah merbahaya, kerana mereka bermimpi dengan mata yang terbuka, lalu memungkinkannya (mampu mencapai impian).”


JackMa: ramai yang gagal dalam kehidupan kerana 4 sebab ini:
1. Rabun terhadap peluang yang ada
2. Memandang rendah peluang
3. Kurang kefahaman
4. Gagal bertindak pantas
Dan kau miskin, kerana kau tiada cita-cita.

Cita-cita itu menjalani kehidupan yang unggul, sebuah matlamat dalam hidup yang perlu dicapai.

Di dunia ini, ada perkara yang tidak mampu diduga namun tak ada seperkara pun yang mustahil dilakukan. Cita-cita yang mendalam itu menentukan potensi masa hadapan seseorang.

Loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Jack Ma: Kalau anda masih miskin pada umur 35 tahun, memang padan muka anda! Ini Kenapa Dia Berkata Begitu ."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close