loading...
Catatan ini majoritinya merupakan abstrak atau nota saya dari seminar Divine Speech yang disampaikan oleh Ustaz Nouman Ali Khan.
Kita diajar dan diprogramkan dari kecil bahawa Al Qura'an in merupakan mukjizat terulung Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalla. Mukjizat merupakan kata terbitan dari perkataan “A'juz” yang membawa makna “ketidakupayaan”, berarti kita tidak berupaya untuk menandinginya.
Berkali - kali Allah mencabar manusia untuk menghsilkan sesuatu yang seumpama dengan Al Qura'n. Bermula dengan mencabar untuk dihasilkan satu buku yang seumpamanya, dikurangkan kepada sepuluh surah, dikurangkan lagi kepada satu surah, dan seterusnya. (Quran 17:88, 11:13, 2:23)
Cabaran ini dibuka bermula dari turunnya Qur'an sampailah pada hari kita bertemu pencipta kita. Kita dapat melihat keajaiban Quran ini dari pelbagai sudut ke-ilmuan termasuk perubata, embriologi, geologi, astronomi dan tidak dilupakan dari sudut bahasa.
Masyarakat Arab pre-Islam berada di antara dua peradaban besar dunia ketika itu, iaitu Rom dan Parsi. Disebabkan ketiadaan sumber bahan mentah yang bernilai ketika itu, mereka tidak menjadi tumpuan kedua-dua kuasa besar ini untuk peluasan kuasa. Dan disebabkan ini, mereka menjadi masyarakat yang 'isolated'. Jadi, bahasa mereka tidak mengalami pencemaran. Bahasa dan kesusasteraan merupakan kebanggan mereka.
Sebagaiman Musa alaihissalam diutuskan dengan tongkatnya untuk melawan sihir kebanggaan Fir'aun, begitulah Muhammad sallallahu alaihi wasallam diutuskan dengan Quran untuk melawan kesusasteraan kebanggaan Arab.
InsyaAllah, pada kesempatan ini kita akan cuba memahami sedikit daripada keajaiban Al Qur'an dari segi bahasa, iaitu teknik penceritaan dalam Surah yusuf.
Surah Yusuf
merupakan surah ke-12. Ianya merupakan satu-satunya surah dimana
Allah menceritakan kisah seorang nabi dari mula sampai akhir. Kisah
nabi-nabi lain dalam Al Quran di ceritakan secara berepisod di
lain-lain surah.
Beberapa teknik penceritaan digunakan dalam surah ini, antaranya:
A) - Foreshadowing
(pembayangan).
- Pada ayat 5, nabi Ya'kub membayangkan kemungkinan abang-abang Yusuf akan membuat onar untuk menindas Yusuf. Ayat ke-9, Allah menceritakan bagaiman abang-abangnya menyusun strategik untuk membuang Yusuf.
- Pada ayat 10, salah seorang abang Yusuf mencadangkan agar Yusuf dibuang ke dalam telaga dan membayangkan kemungkinan Yusuf akan diambil oleh pedagang yang melalui kawasan itu. Ayat ke-19, Allh menceritakan keaaan bilamana pedagang yang melalui telaga itu, terjumpa Yusuf dan mengambilnya.
B) - Contrast
(Perlawanan)
- Allah memberi bayangan bahawa pada kisah Yusuf dang abang-abangnya, terdapat pengajaran bagi mereka yang bertanya (ayat 7). Ini bermakna, pengajaran untuk kita bukan hanya dari kisah Yusuf, tetapi juga dari abang-abangnya. Teknik perlawanan ini dapat dilihat pada ayat 8 dan 88. Bagaiman abang-abang ini pada mulanya merancang untuk membinasakan adik mereka iaituYusuf (ayat 8) dan di akhir kisah, mereka mula berubah dan merancang bagaimana untuk menyelamatka adik mereka iaitu Bunyamin (ayat 88).
- Surah ini menceritakan 2 konspirasi ke atas nabi Yusuf. Kedua-dua konspirasi ini menyebabkan Yusuf di masuk-kan ke tempat yang gelap. Konspirasi pertama dimana yusuf dimasuk-kan ke dalam perigi oleh abang-abangnya. Konspirasi kedua merupakan konspirasi wanita-wanita pembesar yang menyebabkan beliau di masuk-kan ke penjara. Namun, pengakhiran kedua-dua konspirasi ini adalah berlawanan. Bila dikeluarkan dari perigi, Yusuf dijadikan sebagai hamba. Tetabi bila dikeluarkan dari penjara, Yusuf dijadikan sebagai menteri. Dari keadaan yang langsung tiada kuasa, kepada kedudukan yang dipenuhi kuasa.
C) - Reversal
(pembalikan).
Teknik ini
digunakan secara halus dari permulaan cerita sehingga kesudahannya.
Untuk menghayati teknik ini, kita perlu membuat rumusan keseluruhan
kisah ini.
Masalah Penyelesaian
a) Yusuf
Bermimpi f) Mimpi raja ditafsir
b) Kospirasi
abang-abang Yusuf g) Yusuf dibebaskan
c) Konspirasi
wanita-wanita pembesar h) Pengakuan
wanita-wanita pembesar
d) Yusuf
dipenjarakan i) Abang-abang Yusuf terima
pengajaran
e) Raja
Bermimpi j) Mimpi yusuf ditafsir
Susunan
masalah dapat dilihan secara terus ( a, b, c, d, e) manakala susunan
penyelesaian dapat dilihan dengan pembalikan ( j, i, h, g, f)
Wow!!! tahukah anda bahawa Al Quran ini diturunkan dalam bentuk bacaan dan bukan tulisan?? Mana mungkin seorang manausia boleh bercerita tanpa sebarang pengolahan dengan penyusunan sebegini rupa?? Tak mungkin saya mampu buat penulisan untuk membandingkan teknik penceritan Thor dengan Surah Yusuf!! Tak akan mungkin!!! Itu hanyalah angan-angan dangkal.
Patutlah Allah mulakan surah ini dengan menyatakan : Kami menceritakan kepadamu dengan kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al Quran ini kepadamu (ayat 3)
Semoga Allah Kurniakan hidayah dan petunjuknya untuk kita. Semoga Allah kelilingi kita dengan segala kebaikan. Semoga Allah kurniakan kita segala peluang untuk mempelajarari Al Quran. Semoga Allah fahamkan kita dengan ilmu Al Qur'an. Semoga tiket wayang Thor tidak mungkin menjadi saingan tiket seminar pelajari Quran.
Tiba-tiba teringat aduan Rasulullah kelak “Wahai Tuhanku sesungguhnya, kaum-ku telah mengambil Quran ini sebagai sesuatu yang “mahjuraa” (sesuatu yang ditinggalkan jauh)” (Quran 25:30). Semoga kita tidak termasuk dalam golongan ini.
Somoga penulisan ini memberi manfaat kepada kita semua. Semoga Allah kurniakan kita kekuatan dan kelapangan untuk menyebarkan ayat-ayatnya. Saya bercadang, insyaAllah unuk berkongsi keseluruhan nota/catatan Divine speech ini secara berepisod dengan tajuk “Keajaiban Al Qur'an Siri …” . Doakan kejayaan saya.
Loading...
loading...
0 Response to "Thor the Movie vs Surah Yusuf (Keajaiban Al Qur'an siri 1)"
Post a Comment